Halaman

Isnin, 17 Disember 2012

Percambahan Biji Benih Cape Gooseberry

 Masa sibuk packing kembali ke tanahair tukang kebun petik semua buah cape gooseberry 'golden nugget' yang dah nampak nak masak masuk ke dalam paperbag konon-konon ole-ole untuk pasangan sugarglider tukang kebun Dany sebelum diberi pokok-pokoknya kepada orang lain. Akibat sibuk memindahkan segala tanaman yang dibawa balik, tukang kebun lupa dan duduklah dalam kotak kecil setelah 3 minggu lamanya. Bila terjumpa dah ada yang mula tumbuh kulat hitam dan ada yang masih nampak elok. Tapi tak berani nak bagi kepada sugarglider nanti arwah ada yang kena cari pengganti pula. Jadi tukang kebun semailah semua biji-biji buah tersebut dalam musim hujan lebat ni terdedah je bijinya terbiar sebab kes malas. Risiko juga kalau si semut angkut semua biji benih tersebut. Syukur alhamdulillah lepas seminggu lebih ada polibeg hitam yang nampak kemunculan anak-anak pokok cape gooseberry.
Bila nak balik hari tu sayur yang masih kecil pun semua dituainya.
Buah cape gooseberry yang sempat dibawa balik.

3 ulasan:

  1. Semoga gooseberry yg Diana tanam akan membiak dan Cm org pertama nk order benihnya.

    Pernah semai biji yg Cm beli buahnya dr Cold Storage tp hampa.Tk tumbuh.Apa apa pun tk putus asa.Akan beli lg wpun sungguh Mahal harganya.
    Terkenang zaman kanak kanak dulu suka mkn buah letup letup yg seakan akan gooseberry yg tumbuh liar kt tepi jln.

    BalasPadam
  2. salam diana,
    macam mana rasa buah gooseberry ini?

    BalasPadam
  3. Cikmanggis~ Moga ada kebun kecil cape gooseberry di belakang rumah tahun depan. Jadi tak berebut-rebut nanti nak makan.

    SMForestgarden~ Bila betul masak manis rasanya, kalau separuh masak masam manis.

    BalasPadam