Halaman

Khamis, 17 Januari 2013

Butterfly Pea

 Tahukah anda sebenarnya dalam banyak-banyak warna bunga, warna biru adalah antara warna yang tidak beberapa ada menwarnai jenis pokok bunga. Cuba tengok keliling taman anda, banyak tak tanaman yang bunganya berwarna biru? Butterfly pea dalam bahasa entah mengapa saya selalu terkeliru sama ada nak panggil bunga telang atau bunga talang? Dekat Thailand, orang sana suka kutip bunganya untuk buat sirap biru yang dikenali dengan panggilan nam dok anchan (resipi ada di dapur CikManggis) . Di Burma pula celup dengan tepung bunganya pastu goreng. Negara kita pula terkenal untuk mewarnakan nasi kerabu dan juga kuih ketan (pulut tai tai). 
 Bunga Butterfly pea berasal di benua Asia tapi sudah pun jauh perjalanannya ke benua Australia, Afrika dan Amerika. Di Australia, bagi memperbaiki tanah di bekas lombong mereka menjalankan penanaman pokok butterfly pea. Butterfly pea adalah sama keluarga dengan kekacang yang boleh membantu menambahkan zat nitrogen kembali ke tanah. Sekadar cadangan bagi mereka yang duduk di kawasan perumahan baru yang tanahnya belum subur cubalah tanam butterfly pea dahulu untuk memperbaiki kualiti tanahnya. Pokok butterfly pea boleh tumbuh setinggi 7 kaki. Habis pokok asin-asin atau cekur manis kami dipanjatnya sampai tak nampak bayang dah pokok asin-asin. 
Pagar berkarat yang buruk ni pun dah habis ditutup cantik dengan pokok bunga talang. 


Biji benih Organik Butterfly Pea~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 50 biji benih.


4 ulasan:

  1. merimbun pokoknya...cantik menutup pagar..kalau kena gayanya boleh buat taman tema Inggeris kan?

    BalasPadam
  2. Terima kasih Diana sb link ke blog makcik hehe.mulai sekarang sirap kt rumah makcik adalah sirap biru ;).....

    BalasPadam
  3. Zamzurina~ Syukur Alhamdulillah rezeki :).

    Wanie~ Betul tu boleh buat taman tema Inggeris.

    Cikmanggis~Samalah kita sini pun sirap biru rajin ada dalam rumah.

    BalasPadam