Halaman

Sabtu, 19 Januari 2013

Musim Akar Dani Berbunga

 Pokok akar dani sudah lama menetap di kebun kami. Tapi sejak tukang kebun balik tak pernah pula berbunga dan ingatkan sudah tiada pokok ini di rumah sebab seingat tukang kebun pokoknya melilit dekat pergola di rumah. Pergola di rumah pula berkongsi dengan pokok markisa dan pokok-pokok bunga lain juga. Mak Aji di Greenfingers risau tersalah pokok akar daninya, minta maaf tak dapat menolong ID sebab tukang kebun dah lupa bentuk daunnya macam mana sebab lama berada di perantauan. Sebenarnya Mak Aji dan tukang kebun dekat sahaja jarak kebun kami kalau ikutkan google map 4km sahaja. Kalau teringin nak lihat metamofosis bunga akar dani lawatlah kebun Greenfingers Mak Aji. Bermusim rupanya pokok akar dani ini, rupanya lepas habis monsoon barat daya baru hendak berbunga minggu lepas. Lepas ni mudahlah nak tahu musim buah dan bunga apa di Sungai Buloh dah ada teman blogger di Sungai Buloh juga.
 Kasi zoom out sikit gambar sebab nak ingat lokasi pokok bunganya. Dalam gambar pun dah boleh tengok ada sekurang-kurangnya 5 pokok di kawasan kecil ini...ada pandan dan pokok elephant ear tu pun sedang berbunga sebenarnya yang lain belum dikenalpasti. Ini baru pandangan atas belum lagi di bawah pokok-pokok ini dalam memori tukang kebun ada white anthirium, pokok harum sundal malam dan Oriental Lilium. Moga lagi meriah bunga akar dani sebab baru bermula musim bunganya.

15 ulasan:

  1. Lovely tresses of flowers. I love the scent of this Rangoon creeper. Dulu saya tanam, pokok ni panjat naik sampai ke bumbung rumah, lepas tu berbunga atas bumbung. Siap tuan rumah marah! Tapi best dapat cuim bau harum bila keluar rumah. the single-petaled type have flowers that face downward, but the red colour is deeper.

    BalasPadam
  2. Cantik dan lebat bunganya kelihatan..

    BalasPadam
  3. Salam Diana,

    Meriahnya akar dani yang hidup subur melilit pergola!! Seronoknya tengok! Harum sundal malam Mak Aji pernah tanam tapi sekali sahaja berbunga, x lama lepas tu tau-tau mati. Pun beberapa kali juga tersilap ID pokoknya sebelum jumpa yg sebenar! Thanks for the link!

    BalasPadam
  4. Warna merahnya lain dari yg lain. Diana x open jual ke pokok ni. Semai dari keratan atau biji benih?

    BalasPadam
  5. Warna merahnya lain dari yg lain. Diana x open jual ke pokok ni. Semai dari keratan atau biji benih?

    BalasPadam
  6. LOVELY!!! i suka benar this flower but all also warn me this bunga gets too bushy. Bushy yang i suka! haha

    BalasPadam
  7. Bau bunga ni yang best tu..kalau berbunga memang sy duk letak idung kat bunga dia ja..hehe..:D

    BalasPadam
  8. Sean~ Yang ni pun dulu tumbuh meliar sampai naik bumbung. But I think my mother manage to tame the pokok to behave...hahaha...Dulu dia sorang-sorang conquer pergola but now have to share so I think my mother dah trim betul-betul pokok ni. Oh tak tau pula ada multi layer or single layer one. Biasa tengok rumah sendiri punya sahaja.

    UmmuAidan~ Sedap menjamu mata di atas bila di bawah rumput asyik panjang je menenggelamkan pokok-pokok baru tanam ;).

    Ummu Madihah~Kalau bunga harum sundal malam Mak Aji mati jangan lupa ambil ubinya. Ubinya tu boleh tumbuh pokok baru.

    Zamzurina~ Yang ni boleh semai dari keratan. Ini big boss@Head Gardener Kebun Bahagia Bersama punya tukang kebun tak sentuh lagi area pergola ni takut tersalah trim. Buat masa ni tak open kena tunggu big boss balik.

    Sasha Tan~You can tame this flower Sasha no need to worry.

    Hitomi Lavendar~Betul semerbak cantik letak kat dulang hantaran juga.

    BalasPadam
  9. cantiknya...ceria rasa melihat bunga lebat begini...

    BalasPadam
  10. Wanie Ibrahim~ Ya menceriakan apabila melihatnya.

    BalasPadam
  11. salam pekenalan dr ct...dah lama mencari bunga ni...sy plak xtau namanya...memang cantik...lebat menawan bunga puan

    BalasPadam
  12. CT Aju~ Salam perkenalan dari kami juga. Bau bunganya juga harum menawan. Saya belum sempat lagi nak propagate bunga akar dani ini.

    BalasPadam
  13. CT Aju~ Salam perkenalan dari kami juga. Bau bunganya juga harum menawan. Saya belum sempat lagi nak propagate bunga akar dani ini.

    BalasPadam
  14. Tukang kebun..akar dani yg sy beli thn lpas lansung x berbunga wp sdh dibaja.sy perlu cantas dhn ke sb dahan cma paanjang myotong sja

    BalasPadam
  15. Salam Bahagia Vees J.

    Biasanya akar dani akan merimbun dulu untuk mengumpul tenaga bagi dirinya untuk berbunga bukan semata bergantung kepada baja.
    Biasanya akar dani bukan jenis tumbuhan giler baja.
    Kalau dah mabuk daun sangat kadangkala ia malas berbunga.
    Jadi berhenti sebenar bagi ianya baja jika nampak subur tak berbunga.
    Bolehlah cantas dahannya untuk mulakan kitaran baru jika hendak.

    BalasPadam