Halaman

Khamis, 3 Januari 2013

Peace Lily

 Pada tahun 2013 ini, kebun bahagia bersama bukan sahaja menerima pesanan biji benih tetapi juga anak-anak pokok yang dapat kami buat penghantaran melalui pos laju untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Pokok bunga peace lily berasal dari benua Amerika yang beriklim tropika dan Asia Tenggara. Tetapi disebabkan ianya berasal dari kawasan tropika, pokok bunga peace lily mudah tumbuh di Malaysia. Pokok bunga peace lily yang berwarna putih ini bahagia duduk di kebun kami dan banyak memenuhi pelbagai sudut di kebun kami tanpa perlu penjagaan rapi. Tuan punya kebun telah berpesan untuk memindahkan sebahagian pokok ini ke merata-rata sudut tamannya yang lain. Banyak lebihan anak-anak pokok yang boleh berhijrah ke taman lain. 
 Pokok bunga peace lily selesa dengan keadaan tanah yang moist atau keadaan humidity/ kelembapan yang tinggi. Sekiranya kawasan saudara saudari tidak menerima banyak cahaya matahari tetapi ada filtered light or dappled light boleh tanam pokok bunga ini sebagai penyeri di ruang tersebut. Gambar di atas adalah pokok-pokok bunga peace lily yang tumbuh di bawah pergola dan tidak menerima cahaya matahari secara direct sebab pergola dipenuhi dengan daun dahan pokok markisa di bahagian atas pergola. Bunganya boleh dipotong untuk digunakan sebagai bunga hiasan dan tahan lama. Yang lebih menarik juga bunganya mempunyai bau yang fragrant. Oleh itu, serangga ini tertarik dengan bunga putih anthurium. Walaupun nampak 2 ekor sahaja serangga ini tetapi sebelum tukang kebun ambil gambar spike bunga tersebut dipenuhi dengan serangga-serangga ini. Bila tukang kebun dekat fokus mahu ambil gambar banyak berterbangan lari. Pokok bunga ini juga sesuai ditanam dalam pasu.
 Bagi pesanan pokok bunga peace lily warna putih ini, Tukang-tukang kebun akan memilih pokok yang sekurang-kurang tingginya sudah melebihi 20cm dan mempunyai akar yang bagus. Akar pokok ini akan dibalut dengan kertas/natural sponge yang basah untuk penghantaran dengan pos laju. Apabila sampai pokok ini ke destinasi barunya segeralah tanam secepat mungkin dan tanam di tempat yang teduh dahulu untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Penghantaran untuk pesanan pokok hanya dibuat pada hari Isnin/Selasa bagi memastikan pokok tidak transit lama dengan POS Malaysia. 
Gambar pokok-pokok peace lily bare-rooted yang diambil untuk karnival Si Jantung hati bulan lepas.

1pokok bunga peace lily (RM7) 


Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)


29 ulasan:

  1. Diana, they are lovely.. aida nak tiga pokok...Thank you!

    BalasPadam
  2. nakkkk..eh salam diana...heheh sy nak..tapi esok till selasa sy bercuti...mcm mnr yer..next week boleh hantar? nak 3 pokok

    BalasPadam
  3. Aida dear will look lovely in your secret garden :).

    Nadia dear...boleh...nanti dah masuk kerja emaillah saya.

    BalasPadam
  4. Assalam diana,
    Dulu masa tengah rajin banyak juga tanam Anthurium,tapi sekarang tinggal satu jenis aje.....

    BalasPadam
  5. Waalaikumsalam SM Forestgarden~ Saya mula-mula tak perasan ada bau bunga ni tapi bila saya potong untuk bawa sample ke karnival tempoh hari terkejut bau semerbaknya.

    BalasPadam
  6. Salam, peace lily ade dalam stock ker?

    BalasPadam
  7. Salam Samarinda,

    Peace Lily kami ada stock sepanjang tahun.

    BalasPadam
  8. Brp hrga peace lily ni? Mcm mint jer

    BalasPadam
  9. Seperti tertera di posting ini harganya RM5.00 sepokok.

    BalasPadam
  10. Salam,

    Kak, nak tanya sikit. Peace lily saya melecuh la kak. Hujung daun macam terbakar. Baru- baru ni saya ada letak baja bunga, tapi makin teruk nampaknya. Daun yang baru pun ada nampak macam kena makan ulat, tapi tak ada pula nampak ulatnya. Sebab apa ye kak?

    Bazli

    BalasPadam
  11. Salam Bahagia Bazli,

    Tukang kebun tak pasti cuaca kebunnya bagaimana. Tapi kalau di sini pun tatkala musim panas yang terima banyak matahari daunnya dihujung nampak terbakar juga. Elok jangan bagi baja masa musim panas dan kering takut bajanya panas menyebabkan keadaan bertambah teruk.

    BalasPadam
  12. Salam Kak,

    Saya tanam dalam pasu kecil indoor je. Tak kena cahaya matahari. Sekarang pasu dalam office berhawa dingin. Agaknya sebab tak kena matahari ke jadi kering seperti terbakar tu?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Salam Noor Bazli,

    Peace Lily tak perlu matahari untuk hidup. Cuma perlukan keadaan kawasan yang kelembapan tinggi untuk hidup. Ada air tak dalam pasu tu?

    BalasPadam
  14. Saya guna tanah. Tapi saya siram dalam 2-3 hari sekali dan keaadaan tanah saya pastikan agak lembab. Tapi daun tetap kering dan kekuningan dan kering di di hujung

    BalasPadam
  15. Hi, I m interested on the peach lily. What us the procedure of buying? Thank u

    BalasPadam
  16. Hi, I m interested on the peach lily. What us the procedure of buying? Thank u

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia Tang Peefan.

      For further details email to (kebunkmg@gmail.com)

      Padam
  17. saya plant indoor kak tp guna medium air..bolehkan? nnt rosak root tak?

    BalasPadam
  18. Salam Bahagia Nina,

    Boleh juga untuk sementara waktu guna medium air bagi peace lily.

    BalasPadam
  19. Salam Bahagia.

    Pokok ini masih ada.

    BalasPadam
  20. Salam Bahagia.

    Order boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
    Butiran akan diberikan di email.

    BalasPadam
  21. Tumpang bertanya, adakah pokok Peace lily ini = Spathiphyllum 'Mauna Loa'

    Terima kasih.

    BalasPadam
  22. Salam Bahagia,

    Kami kurang pasti.
    Tapi nampak lain sikit.

    BalasPadam
  23. Assalam , based dekat mana ye? Ada lagi tak pokok ni?

    BalasPadam

  24. Canteknyer Peace Lily ni...
    What a beauty !

    BalasPadam
  25. sy nak tnyr....bunga lily sy tu kenapa lama2 bertukar warna hijau ye..

    BalasPadam