Ramai yang teragak-teragak sama ada cape gooseberry boleh hidup dengan cuaca tanahair kita ini atau tidak. Jadi tukang kebun tak perlu nak type apa-apa dan jadikanlah gambar sebagai penjelasan. Bulan Disember setelah terjumpa buah cape gooseberry yang tukang kebun selit dalam kotak dibawa dari Adelaide, yang lebihan macam tak berapa elok sebab buahnya dah kecut hitam tukang kebun campak biji benihnya dalam pasu yang mengandungi pokok-pokok strawberry. Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang ada sepokok cape gooseberry sihat tumbuh di celah-celah pokok-pokok strawberry di depan dapur. Sekarang bila teringat mesti ada yang tukang kebun cabut ingat weed opppsss…sebab lupa ada campak biji benihnya di situ. Bila dah sedar rupanya dah tinggi pokoknya.
Projek nak pindahkannya asyik tergendala sahaja. Sekali terkejut tengok dah berbunga pokok cape gooseberry golden nugget tersebut. Hajat nak pindahkan terpaksa dibatalkan dan biar sahajalah di situ memandangkan pokok-pokok strawberry pun macam selesa sahaja bersamanya mungkin dapat menolong memberi teduhan bila masuk musim panas kemarau nanti.
Sebenarnya tukang kebun tidak sangka dalam masa 2 bulan lebih sudah mula berbunga pokok cape gooseberry yang ditanam di Sungai Buloh ini. Di kebun lama Adelaide tukang kebun tunggu setengah tahun lebih baru nak berbunga. Semoga selamat buahnya dan tak sabar nak tengok gelagat tukang-tukang kebun kecil nak tunggu buahnya ranum. Pokok cape gooseberry ni mungkin selamat sikit dari si ayam mutiara sebab menghadap dapur.
Cape gooseberry saya pon x dialih2 lagi. Target weekend ni
BalasPadamstrawberi tu guna baja apa? pokok akak satu je hidup itu pun halus sesangant..
BalasPadambunga nya mcm ada iras bunga bendi kan
BalasPadamTakpenah tgk buah cape gooseberry nih macam mane
BalasPadamErr..eila punya pun da sebesar tu.tp x bunga lg.mesti sbb masih dlm pot kecik.nk kena alih ni..huhuhu..
BalasPadam'cape goosberry' sma ke ngan tomatillo...???
BalasPadamZamzurina~ Sementara cuaca tak berapa panas sangat elok dapat alihkan.
BalasPadamKak Mar~ Strawberry ni duduk depan dapur tiada letak baja special apa-apa. Cuma bila rajin dapat simbahan air dari cuci sayur/seafood atau cucian air beras.
Nadia~ Bunganya kecil sahaja tak sebesar bendi.
Yus~ Dulu first time tengok buahnya sebab tanam sendiri.
Eila~Tak perlu dalam sangat potnya rasa sebab dulu tanam dalam styrofoam.
CT Aju~Cape Gooseberry lain dari tomatillo. Daunnya pun tak sama.
Benih cape gooseberry ada lagi tak? I nak sepek. Actually dah emel pesanan bersama benih yg lain semlm.
BalasPadamTiny Garden~ Biji benih cape gooseberry sudah out of stock. Kena tunggu stok baru masuk jika berminat.
BalasPadamMasih ada stok biji benih buah cape gooseberry nie? Kalau ada whatapps sy. 0143699101
BalasPadamTiada fresh stock seedsnya sekaranag Ziela.
BalasPadam