Halaman

Jumaat, 1 Februari 2013

Pokok Pepanggil

 Pokok Pepanggil ini juga dikenali sebagai bunga pagoda (Clerodendrum paniculatum). Diberi nama pokok ini pepanggil ada kaitannya dengan dunia mystic bangsa Melayu. Gardener Nudabuffy yang tolong tukang kebun cari nama pokok bunga ini pada akhir tahun lepas. Pokok Pepanggil ini adalah pokok native Malaysia. Sudah lama pokok pepanggil ini ditanam di tempat kami dan asal tempat diambil oleh papa tukang kebun ialah di Pulau Tioman. Tukang kebun suka tengok pokok pepanggil ni yang bentuknya seperti pagoda, bunganya merah menyala seakan bermisai dan daunnya bentuk hati serta yang lagi best musim bunganya sungguh lama lebih sebulan juga rasanya. Pokok pepanggil bukan sekadar rupa atau ornamental tetapi dikatakan mempunyai penggunaan dalam bidang perubatan juga. Dalam perubatan tradisional Melayu tidak banyak direkodkan, yang biasa dikatakan untuk dibuat pelapik sakit perut. Mungkin banyak yang masih diperturunkan secara lisan mengenai pokok pepanggil ini dan harap akan direkodkan untuk generasi muda. Dari segi sains penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pokok pepanggil ini mempunyai unsur anti-inflammatory dan anti-viral. Semoga penyelidikan tempatan kita dapat memberikan banyak penemuan baru dalam perubatan dan khasiat pokok pepanggil.
 Pokok pepanggil boleh tumbuh sehingga mencecah ketinggian 2 meter di kebun kami. Pokok ini sukakan matahari dan boleh juga sesuaikan dirinya di kawasan yang menerima separa matahari. Tukang kebun rayyan kopek bakul besar nenek sampai setiap hari ada ayam pergi bertelur di dalam (nenek balik Rayyan jawab ya).
 Disebabkan pokok ini tumbuh meninggi, sesuai untuk dijadikan sempadan pokok di bahagian belakang sekali. Pertumbuhan pokok ini sangat cepat.
Pokok pepanggil juga menjadi penarik kepada si rama-rama dan juga sang burung.
Anak-anak pokok pepanggil dalam bekas minuman.

 Bagi pesanan anak pokok pepangil, penghantaran hanya dibuat pada hari Isnin/Selasa sahaja supaya pokoknya tidak transit lama. Setelah anak pokok sampai ke destinasinya dinasihati kotak penghantaran segera dibuka dan pokok disiram serta diletakkan dalam tempat teduh beberapa hari sebelum dipindahkan ke lokasi barunya. Bagi mengelakkan 'transplant shock' pemindahan pokok elok dilakukan pada hari yang mendung dan pada sebelah lewat petang. Berhati-hati semasa proses pemindahan supaya akarnya tidak tercedera, gardener yang menerima anak pokok dalam bekas kotak minuman elok gunting kotak kertas minuman untuk memudahkan pemindahan.

~ Pepanggil~
1 pot RM10.00 .

Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)

9 ulasan:

  1. Hehe nnt Rayyan jwb baik bsik bila nenek Jenny tanya ya..
    Wah macam macam pokok ada kt kebun sg buloh ni.Tk sabar nk tengok

    BalasPadam
  2. Salam Diana,

    Pokok pepanggil rupanya namanya. Pernah tengok kat nurseri Pak Ali di Skudai dulu. Memang cantik bunganya. Banyak khasiat rupanya! Jawab Rayyan, jangan x jwb bila nenek tanya nanti, he he!!

    BalasPadam
  3. Dahla byk khasiat..bunganyer pun cantik jgk kan..

    BalasPadam
  4. Cikmanggis~ Oh dulu papa masa selalu kena outstation rajin juga mengumpul pokok-pokok. Terutamanya masa awal-awal pindah dulu.

    Ummu Madihah~ Ada 2 jenis warna pokok pepanggil ni kalau tak silap. Yang di rumah sedang berbunga warna merah kejinggaan ni. Itulah ada khasiat tapi tak banyak direkodkan.

    UmmuAidan~Bunganya sahaja kalau potong dah penuh satu pasu kut...hehehe..

    Nadia ~ Seronok sambil berehat-rehat menengoknya.

    BalasPadam
  5. Pokok ni mcm memanggil2 saja. Tgklah jika ada rezeki hujung bln ni :)

    BalasPadam
  6. Zamzurina Zulkafli~ Tergelak saya dipanggil-panggil.

    BalasPadam
  7. Saya nak beli macamana ye pengahtaran

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia,

    Boleh juga dipos kerana akarnya panjang dan lasak. Maklumat lanjut bolehlah contact directly wassup message ke 0192931340 Nizam.

    BalasPadam