Halaman

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina (Tahun Ular)

Kelun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada gardeners yang menyambut perayaan ini. Semoga tahun ini kebun anda subur dan memberi pulangan yang banyak serta pemakanan yang baik begitu jua senaman dengan menggerakkan badan untuk bertanam menjamin kesihatan kita semua.
Akhirnya, minggu ni setelah lama menunggu bunga lotus ini berbunga dapatlah menceriakan seakan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina. Sejak balik walaupun ianya memberi setangkai putik bunga setiap bulan ada sahaja halangan untuk melihat putiknya kembang. Baru-baru sahaja kembali dalam kesibukan tak dapat nak nikmati mekar bunganya bila perasan dah keguguran. Bila nampak kucup yang baru tungu-tunggunya mekar disebabkan hujan lebat patah pula tangkainya yang tinggi sebelum kembang bunganya. Tetapi akhirnya dapat juga tengok kembangan indah bunga lotus minggu Iini

 Tiada azam baru untuk tahun ular ni cuma tukang kebun harap urusan untuk dapatkan  segulung kertas tercapai sekiranya selesai urusan penulisan thesis. Tahun naga adalah tahun paling hitam bagi tukang kebun sampai tergolek dibuatnya dengan tamparan satu dugaan ke satu dugaan dari mulanya perjalanan untuk dapatkan segulung ijazah rasa kepala dan bahu ini makin berat memikul pelbagai perkara. Dalam 3 tahun lebih ni terasa kehidupan banyak dihabiskan di sekolah, hospital, rumah dan kebun sahaja. Semoga dapat pulih dari trauma perlahan-lahan seperti eepisode nak tengok bunga lotus sesangat.

9 ulasan:

  1. How large is this lotus? Is it the momo botan? I used to have it, and they are much smaller than the standard lotus.

    BalasPadam
  2. Salam Diana,

    cantiknya bunga lotus! Terdapat dalam wishlist ni! Semoga dipermudahkan segala urusan mendapat segulung kertas itu, amin!

    BalasPadam
  3. Amiin.. selamat berjuang, semoga dipermudahkan Allah.

    Indah sungguh bunga ni, kelopaknya berlapis ye.

    BalasPadam
  4. Sean~ Happy Chinese New Year!
    The bloom is bigger than my face. Not sure whether this is momo botan or not cause mom punyalah.

    Ummu Madihah~ Itulah semoga dapat juga segulung kertas itu. Amin.
    Akhirnya bertemu kita hari ini.

    Mama Pongkey~ Nampaknya berlapis. Kepala yang berat bunga ni selalu mudah patah dibuat musim hujan lebat.

    BalasPadam
  5. Wah! Bigger than your face!! That is huge!

    BalasPadam
  6. Sean ~ Maybe because I got small face...hehehe...or I exaggerate a little.

    BalasPadam
  7. teringin sngt nak bunga lotus nie...hurm

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti adalah tu dalam list kami in a couple of months lagi, Samarinda.

      Padam