Tukang kebun kalau tiada pokok bunga matahari tumbuh dalam kebun sendiri macam rasa ada serba kekurangan. Semenjak terjebak dalam dunia gardening ini sepanjang tahun mesti ada pokok-pokok bunga matahari di kebun sedang membesar walaupun bukan berbunga setiap bulan. Sejak pulang ke tanah air baru kesempatan nak cuba menanam bunga matahari yang bunganya berwarna coklat yang namanya ialah ‘Moulin Rouge’. Dah lama simpan benihnya baru terjumpa kembali di dalam simpanan persendirian tukang kebun. Pokok bunga matahari ‘Moulin Rouge’ berbanding dengan pokok bunga matahari yang pernah tukang kebun cuba tanam adalah jenis yang sederhana kecil dan tidaklah seberapa tinggi. Tetapi disebabkan tergopoh-gapah dan tak sabar nak menanam tanpa menilai lokasi yang dipilih dahulu, kali ni terpaksa diabaikan lokasi yang telah mula-mula kami tanam biji benih Moulin Rouge. Jadi terbiar sahaja pokok-pokok bunga matahari Moulin Rouge di lokasi terabai tersebut semasa musim monsoon kerap rebah mencium tanah akibat hujan lebat serta banyak yang patah rantingnya.
Akhirnya tanpa disedari ada satu pokok bunga matahari ‘Moulin Rouge’ yang tingginya pun cuma anggaran 2 kaki menunjukkan tanda-tanda nak kembang di celah semak. Nampak pun macam tak menjadi sahaja kembangnya pada awalnya.
Lokasi yang telah diabaikan sebab masalah tanah yang tidak subur dan serangan semut-semut. Kesilapan tukang kebun tidak gemburkan tanah dan letak kompos/baja sebelum menanam.
Perbezaan ketara walaupun jarak tidak jauh antara lokasi yang terabai dan raised bed. Kawasan terabai pokok-pokoknya lenyap dimakan oleh semut dan serangga agaknya serta pokok-pokok di situ pertumbuhan terbantut. Walaupun projek lokasi itu diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja, syukur alhamdulillah ada juga rezeki ‘Sneak Preview’ bagaimana rupa Si Moulin Rouge ni dicelah semak. Wah sangat teruja moga yang sedang tumbuh di lokasi lain akan tumbuh dengan sihat walfiat dan memberikan bunga.
Nasib baik kembang sepenuhnya dapat cuci mata.
Syukur alhamdulillah rezeki lagi apabila yang lebih kecil dari bunga atas kembang juga dan warnanya lebih coklat gelap. Cuba perhati bukan saya sahaja peminat bunga matahari ini tapi Pak Belalang (dekat dengan watermark) pun tumpang dalam sesi photo shoot ini.
Sentiasa berhati-hati bagi mendapatkan baka open-pollinated/heirloom bunga matahari yang tulen pastikan hanya satu jenis bunga matahari sahaja yang tumbuh atau kembang pada satu ketika. Ini untuk mengelakkan dari ‘cross pollination’.
cantiknya kaler bunga ni. x de benih lebih nak jual ;)
BalasPadamCantik ni... bila ada benih jgn lupakan K Mar ya...
BalasPadamcantik moulin rouge nie..warna yg unik..sy lak cepat bosan tanam sunflower sbb tak kekal lama..huhuhu
BalasPadamdah semai benih Moulin Rouge pd 7 Feb 2013, tapi x tumbuh2.... hampa sgt
BalasPadamRini JY~ Belum lagi ada rezeki lebih. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah pengumumannya ;).
BalasPadamKak Mar sentiada di ingatan ;).
UmmuAidan~ Oh kalau tanam yang jenis multiple bloom lama berbunga matahari. Yang tukang kebun tanam Evening Sun Sunflower dulu bunganya satu pokok banyak dapat jugalah sebulan lebih enjoy bunganya dan banyak dapat dipetik untuk decorate dalam rumah.
Lynnhelite~ Dapat biji benihnya dari mana? Saya baru pertama kali cuba sunflower Moulin Rouge.
Masa di Melbourne dulu kawan bg 4 jenis sunflower, termasuk warna putih. Cosmos pun byk warna, tp x tumbuh, sob sob...
BalasPadamLynn~ Sunflower warna putih Vanilla Ice ke apatah namanya. Takut nak tanam serentak sebab pernah dulu satu batch jadi tak pure breed sunflowernya terkahwin antara mammoth dan evening sun.
BalasPadamalamak, silap perhitungan lah nih.. kononnya lynn tgh berangan nak tayang all kind of sunflower..nak tanam tepi pagar keliling rumah..maknanya takut nanti benih dia dah bercampur ya? Hm, kena test dulu benihnya nanti..
BalasPadamSunflower ni mudah cross-pollinated sesama sendiri disebabkan lebah yang suka singgah-singgah dari satu bunga ke satu bunga. Kadang-kadang nak juga berhati-hati dengan istilah open-pollinated sunflower sama ada ianya pure breed atau tidak.
BalasPadam