Hai sabar jelah menengok anak-anak dari keluarga Cucurbita diserang oleh serangga perosak ni. Daun anak-anak pokok timun, watermelon, labu dan zucchini yang muda menjadi mangsanya membuat pelbagai design sampai botak kadang kala. Kalau seekor tak pe lagi ni atas satu daun pun ada 2 ekor meratah dengan asyiknya.
Mula-mula dikurungkan anak pokok Romanesco zucchini dalam pagar supaya ayam tak cakar-cakar tanah yang selalu menyebabkan anak pokok terputus dari akarnya. Bila selamat dari kemalangan ayam selalu buat, serangga perosak ini pula yang bersuka ria. Dah botak pun satu pokok Ramanesco Zucchini cuma yang 2 daun muda baru keluar sahaja belum disentuh. Cuma malas sahaja nak ambil gambarnya. Inilah dugaan berkebun. Tapi memandangkan tukang kebun memang tak praktik spray apa-apa racun mahupun spray organik, buat tak tahu sajalah tengok ada rezeki tukang-tukang kebun ke tidak nanti. Serangga ni pun dah bosan kejap lagi cari pokok yang lain. Think positive - Tak mengapalah pokoknya pun sedang membesar nanti tumbuhlah daun-daun yang baru sebagai pengganti.
Mengikut pengalaman saya dgn makhluk halus oren ni mmg timun dan labu x membesar dan akhirnya pokok mati sbb serangan hebat sgt. Sekarang anak pokok petola, squash dan labu siam dok dalam kelambu baby yg tak guna dah :(
BalasPadamSalam Diana,
BalasPadamSayangnya bila habis daun dikerjakan. Kalau ubat campuran sabun cecair, bawang putih ngan cili api tu x berkesan ke utk serangga ni??
Subur benar nampak anak pokok zucchini diana....tu yang serangga berkenan.. aida punya pokok timun jepun pun tak menjadi, last-last aida cabut je. Mana tahu mungkin diana punya survive...mudah-mudahan....
BalasPadamsy pun dah malas...sy tabur banyak-banyak benih timun..biarkan aja..mana yg survive itulah rezeki..spry pun kekabuh ni tak jalan..kebal betul!
BalasPadamkekabuh ni agak kejam juga. bila menyerang tak ada sikit-sikit, dia bawa satu geng. saya punya anak pokok labu manis yg benihnya saya beli dari diana pun habis dikerjakan - mati 5 pokok kesemuanya. dulu masa tanam timun jepun pun begitu juga nasibnya. sempat merasa sebiji je. pernah juga saya cuba sembur dengan ridsect, tapi sekejap je dia pegi. esok dah serang balik. trauma nak tanam jenis timun dan labu ni. sobsss
BalasPadamMungkin boleh letak gardening fleece. Nak try jugak...
BalasPadamZamzurina~ Ingat nak bubuh gardening fleece juga tapi nak observe dulu behavior diorang ni dulu. Nak kenal musuh dulu.
BalasPadamUmmu Madihah~ Serangga ni kebal nak kena kutip dan ehem ehem ehem je.
Aida~Zucchini ni tukang kebun rasa dah nyawa nyawa ikan tengoklah ada rezeki atau tidak. Sekarang nampak nak pergi kacau timun pula. Jadi saya tak letak setempat bersepah-sepah keluarga mentimun supaya ada yang terselamat. Kalau kawasan yang tiada ayam dia bermaharajalela.
Nadia~Samalah kita, kalau ada rezeki adalah tu. Tak de masa nak perhatikan sangat dah kekabuh ni.
Wani~Setiap kali ke kebun asyik nampak mereka berasmara je nak buat anak lagi sakit mata dan hati ini. Tapi bila hujun turun barulah mereka berehat seketika.