Halaman

Rabu, 6 Mac 2013

Anak pokok keratan buah Mulberry

 Bulan lepas baru satu pokok mulberry yang tinggi di rumah yang sempat pruning. Semalam baru satu pokok mulberry lagi tukang kebun pruning dah tinggi 2 meter lebih. Tukang kebun sengaja tak pruning pokok-pokok mulberry di rumah serentak tetapi bagi gap antara satu pokok ke satu pokok untuk hasil yang berterusan atau season mulberry panjang bagi mengelakkan pembaziran. Konon-kononnya ingat kalau banyak buah yang terhasil serentak, satu hal pula nak habiskan buahnya. Nanti tak termakan membazir pula. Takut tak sempat nak petik, tupai melompat makan dulu atau bagi tupai puas dulu.
 Keratan pokok mulberry yang sudah propagate dalam bekas minuman yang dikitar semula bulan lepas sudah mengeluarkan tunas daun. Ada juga keratan yang sudah menunjukkan stage awal development buah mulberry. 
Memandangkan ada keratan anak pokok mulberry sudah mengeluarkan tunas-tunas daun dan buah, minggu ini tukang kebun dapat tawarkan 5 bekas double happiness mulberry (1 bekas mempunyai 2 keratan anak pokok mulberry) untuk penghantaran minggu depan pada hari Isnin/Selasa via Pos Laju. 

1 bekas (RM7) + kos penghantaran (RM10) = RM17

Pesanan melalui email (kebunkmg@gmail.com) .

26 ulasan:

  1. mulberry senang hidup dan cepat berbuah.Pokok yang makcik tanam dah mula keluarkan buah.pagi tadi baru perasaan walaupun pokok yang sgt kurus.Rasanya benih keratan yan Diana tanam ni tiada masaalah untuk hidup subur.Kawan-kawan jangan lepaskan peluang ini :)

    BalasPadam
  2. saya nak...dah bayar pon...nt tukang kebun cek ye..

    BalasPadam
  3. Avia dan Ratu ~ Noted :).

    Makcikmanggis~ Pokok mulberry ni senang hidup kan. Kami punya kesian dah lama terbiar di belakang baru dapat nak trim dia dan nampak mulberry dah mula nampak gembira.

    BalasPadam
  4. salam diana..before sampai pokok mulberry ni..nak tanya sesuai tanam dikawasan mcm mnr..nak prepare tempat utk tanam.

    BalasPadam
  5. Salam Nadia, sorry demam pastu saya blur, rasa macam Nadia ada bagi soalan ingatkan baby tertekan delete dekat phone, rupanya dekat sini. Pokok Mulberry sukakan kawasan yang mempunyai matahari supaya buahnya akan cantik ranum nanti.

    BalasPadam
  6. heheh semua selamat sampai semalam tengahhari..petang mulberry dah selamat ditanam...main agak jer.. tanam kat patch yg dapat cahaya pg dan petang..sebelah roselle..nanti kalau dua2 berbuah mesti cun belakang umah tu :D

    BalasPadam
  7. Nadia ~ Wah kalau dua-dua berbuah, merah menyalalah belakang rumah nanti.

    BalasPadam
  8. Nadia ~ Wah kalau dua-dua berbuah, merah menyalalah belakang rumah nanti.

    BalasPadam
  9. salam diana, saya ada tanam tapi dia tak keluar pucuk tapi batang dia masih hidup.. apa sebabnya ye..

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia.
    Mungkin sebab batangnya sedang menggunakan tenaga banyak untuk tumbuh akar jadi lambat keluar pucuknya. Kalau batang diameter mulberry yang gemuk lebih cepat mengeluarkan pucuk dari batang yang muda.

    BalasPadam
  11. Salam ada lagi ke pokok mulberry untuk dijual?

    BalasPadam
  12. Siti Salwa~ Masih ada pokok mulberry lagi.

    BalasPadam
  13. Salam mesra..kalau ada lagi sy nak tapi lps cuti sekolah :). TQ

    BalasPadam
  14. Gina Marna~ InsyaAllah ada. Lepas cuti sekolah Ok sebab kami pun sedang bercuti.

    BalasPadam
  15. camner sy nak bibit or benih mulberry ni? sy kat sabah

    BalasPadam
  16. Raynold Julit,

    Kami boleh hantar keratan pokok mulberry ke Sabah. Boleh email kami (kebunkmg@gmail.com) for details.

    BalasPadam
  17. Salam.. saya berminat nak beli benih mulberry. Masih ada dijual ke?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  18. Truly_me ~ Masih ada stoknya all year round. Hantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  19. Memang banyak buah yg akan berbuah bila kita kerat sedikit batangnye

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum
    masih ada lg ke keratan pokok nie, saya berminat,

    Melaka

    BalasPadam
  21. Salam Bahagia Khairiah Khaizu.

    Masih dibekalkan dalam bentuk keratan mulberry atau anak pokok mulberry.
    Boleh membuat pesanan hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) jika berminat.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum
    masih ada lg ke keratan pokok nie, saya berminat,

    BalasPadam
  23. Salam Bahagia Shahrul Nizam.

    Masih ada fresh mulberry cuttings sekiranya berminat email (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam
  24. salam...

    terima kasih sudi kongsikan segala maklumt yang padat tentang cara dan penjagaan pokok mulberry ni...

    Boleh jadi panduan saya sebagai pemula

    BalasPadam
  25. Salam Bahagia.

    Sama-samalah kita berkongsi ilmu bertani ini.

    BalasPadam