Halaman

Sabtu, 9 Mac 2013

Biji Benih Fresh Bauhinia Kockiana

 Warna terang yang menyala menarik pandangan ke Bauhinia Kockiana ataupun dalam bahasa ibunda dikenali sebagai ketup-ketup atau bunga merak. Pokok Bauhinia Kockiana sentiasa berbunga sepanjang tahun dan hanya memerlukan penjagaan minimun. Pokok ini sangat suka akan matahari. Oleh itu untuk pertumbuhan yang bunganya spectacular elok ditanam kawasan yang menerima cahaya matahari yang lama.

Pokok Bauhinia kockiana handal memanjat hingga pokok jenis ru yang tinggi dah tak nampak jadi pokok Bauhinia kockiana pula.
 Pokok bunga Bauhinia kockiana boleh propagate melalui keratan batang. Tapi pokok bunga Bauhinia kockiana yang tumbuh melalui keratan batang akan menjadi berduri berbeza dengan yang tumbuh dari biji benih tidak berduri.  Bagi gardeners yang tak suka pokok jenis berduri atau nak selamat dari tercucuk-cucuk duri semasa mengemaskan kebunnya, bolehlah cuba tanam dari biji benih. Pokok bunga Bauhinia kockiana mudah tumbuh dari biji benih yang segar dan tukang kebun juga ternampak banyak anak-anak pokok bersepah tumbuh sendiri di kawasan rumah. Tukang kebun akan cuma menghantar biji benih Bauhinia kockiana yang segar jadi akan dihantar secepat mungkin selepas dikumpulkan biji benih setelah menerima pesanan. Elok semai biji benih Bauhinia kockiana terus setelah diterima untuk kadar percambahan yang elok. Anak-anak pokok Bauhinia kockiana available hujung bulan ini atau awal bulan depan yang tumbuh dari biji benih bukan keratan.
Dalam rimbunan bunga Bauhinia kockiana ternampak ada sarang burung.


~Biji Benih Fresh Organik Bauhinia Kockiana ~

Anggaran 15 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk biji benih Bauhinia Kockiana adalah penghantaran terus sahaja.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

6 ulasan:

  1. Zamzurina dan Tiny Garden~ Boleh nanti email tukang kebun ya, ada fresh seeds this week.

    Melor~ Warnanya menyala-nyala nampak dari jauh.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, benih bauhina kokaina masih ada ke utk dijual. Boleh whatapps saya di 0149986948, sgt berminat ya.

    BalasPadam
  3. Ada jual lg ke?Brp harga 1 pax sekarang?

    BalasPadam