Sekiranya di rumah anda pokok rumput hidup dengan hijau suburnya, pasti tanah anda sangat sesuai untuk tanam pokok jagung. Jagung seperti padi adalah satu keluarga dengan rumput. Jika tanah anda kaya dengan nitrogen dan anda ingin tanam tumbuhan yang berakar seperti carrot, tanamlah jagung terlebih dahulu. Saban hari makin sukar untuk dapatkan biji benih heirloom jagung khas untuk popcorn, banyak telah pupus akibat propaganda jagung GMO atau hybrid. Kebanyakkan popcorn yang sedia dimasak dan dibeli di pusat hiburan atau supermarket adalah popcorn yang tumbuh dari biji benihnya telah diubah genetiknya (Genetically Modified Organism ~ GMO). Jika dapatkan butiran biji Popcorn untuk dimasak di kedai organik juga bukan bererti ianya adalah bukan GMO cuma dibesarkan secara organik.
Tukang kebun pun gerun nak beli popcorn di kedai, biarlah anak-anak menunggu dengan popcorn homegrown sendiri. Butiran biji benih popcorn golf ball sangat menarik seperti bentuk sebutir diamond. Buahnya tidaklah sebesar mana seperti namanya macam golf ball dengan average 4cm dan sepokok jagung mungkin memberikan 3-4 buah jagung. Pokok jagung golf ball popcorn tidaklah sebesar atau setinggi standard saiz pokok jagung biasa. Pokoknya kalau dikategorikan adalah kecil dan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai tanah yang luas untuk bercucuk tanam. Biji benih heirloom popcorn Golf Ball tidak mudah didapati sekarang, tukang kebun juga jenuh menunggu dan mencari supaya dapat disimpan dalam private seed bank kami.
Untuk menyimpan biji benih jagung heirloom pastikan jagung biji benih yang pure atau tidak terkahwin dengan jenis lain, pastikan hanya satu jenis jagung ditanam pada satu ketika. Semaian untuk jagung jenis lain diberi gap atau jarak sekurang-kurangnya 6 minggu. Jagung pollinate dengan angin jadi agak sukar untuk pastikan dari tidak kena cross-pollination. Intai-intai juga kebun jiran ada tanam jagung atau tidak.
Si belalang suka melepak dekat pokok jagung, tapi tukang kebun tak menghadapi masalah belalang dengan tanaman jagung. Si belalang ni cuma ancaman utama kepada pokok-pokok kacang buncis habis ditogelkan daunnya. Ancaman utama kepada jagung yang sedang berbuah adalah ulat-ulat bulu yang suka makan rerambut buah jagung. Jadi janganlah biarkan mereka.
~Biji Benih Organik
Heirloom Popcorn 'Golf Ball' ~
Anggaran 10 seeds satu pek (RM3.00).
Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan
nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah
ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.
Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih
RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui
bank RHB, CIMB atau Maybank.
K mar 1 pek..
BalasPadamsaya nak 3 pack
BalasPadamsaya nak satu pack..diana blue corn xde ke?
BalasPadambib nak 1 pek. TQ
BalasPadamsaya nk satu pek ye :). email saya sumymalik @yahoo.com
BalasPadamSalam diana, eila tutup mate utk jagung ni.comel jerk bunyinye tapi monyet2 kat sini ganas sgt..huhuhu..dpt tengok jerk la kebun org...
BalasPadamNk satu pek
BalasPadamDah lama tak blog-hopping.
BalasPadamSaya suka analogi supermarket=pusat hiburan. Hihi. Tepat sekali.
Ok nak satu pek ye.. ;-)
Salam, saya nak 3 pek, email saya farahwahida.83@gmail.com
BalasPadamTukang Kebun ada simpankan untuk Kak Mar (1), Zamzurina (3), Aku P@aN (1), Bib (1), Sumaiyyah (1), Bahulu (1), Mama Pongkey (1) dan Mrs. Joe (3).
BalasPadamFarhan...biarlah rahsia dulu :P .
Eila, tempat kami dulu pun monyet mengganas, habis jagung mama kami yang dah berbuah dipatah-patahkan batang jagung. Tapi buah jagung tak diambil dibiarkan. Kalau jagung dah masak nasib baik, tapi kalau muda sayanglah. Mungkin masa tu mereka si Monyet tunjuk perasaan, marah sebab tempat mereka asyik kena teroka sahaja dan kena lari tempat lain. Sejak tukang kebun balik syukur alhamdulillah tak nampak kelibat si kumpulan monyet, kalau tak kami pun mengalami nasib yang sama. Sabar sajalah dulu, moga monyet akan pindah ke tempat lain.
Mama Pongkey ~ Bulan ni ke 'tamu' je kut. Tengok-tengok cuci mata.
jagung satuuu
BalasPadamlinna_linn@yahoo.com
Linna_linn beres.
BalasPadamsy nak 1 pek gak
BalasPadamyippie_zippie89@yahoo.com