First trip pulang ke kampung mama di Kiulu kami singgah di pekan Tamparuli seketika sebab adik nak beli stok snack sebelum sampai di kampung. Kami pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab kalau boleh nak tiba di kampung sebelum gelap gelita. Kalau rumah di tepi jalan takpe tapi sebabnya nak kena lintas jambatan gantung, berjalan dengan mengangkat barang-barang dalam lecak kesuntukan masa jadi singgah sekejap sahaja di Tamparuli. Kebetulan, parking kereta sekejap menghadap Balai Polis Tamparuli. Kagum tukang kebun lihat kebun balai polis Tamparuli kemas dan terdapat pelbagai tanaman. Yang menarik perhatian tukang kebun betapa meriahnya pokok-pokok bunga matahari yang ditanam di sebelah koridor arah pintu masuk pejabat. Memang rasa nak angkat tangan tabik hormat.
Mesti staf pejabat Balai Polis Tamparuli dapat melakukan tugas dengan ceria lebih-lebih lagi dengan kembang mekarnya bunga-bunga matahari memberikan motivasi. Di bahagian belakang balai polis ternampak pokok mangga sedang berbunga. Orang Sabah memang kegemarannya buah-buah mangga muda, jadi kalau boleh ada tanah mesti mau tanam pokok mangga. Adik tukang kebun kata pernah dia beli buah mangga muda di luar musim sekilo RM10 di tamu. Ada penunggang motosikal sambil lalu tengok tukang kebun ambil gambar balai polis terlopong tengok tukang kebun snap photos mungkin sebab masih sensitive isu di Lahad Datu. Kebetulan pula adik saudara tukang kebun yang adalah seorang Navy pun ada balik ke kampung ziarah keluarganya sementara bertugas di Lahad Datu. Katanya kalau naik speed bot dari kawasan Sulu sampai ke kawasan darat Sabah 20 minit boleh sampai. Tukang kebun pun teragak-agak juga boleh ke ambil gambar Balai Polis tapi papa tukang kebun kata boleh, bah bolehlah kan. Sekiranya ada masalah di Tamparuli, ada no. telephone tertulis di gerbang.
Sesiapa yang pernah dengar lagu yang ada sebut-sebut Jambatan Tamparuli, inilah Jambatan Tamparuli tapi versi baru dah upgrade. Kalau dengar kisah nak buat asal Jambatan Tamparuli dahulu banyak cabaran, kata orang tua kena buat korban (sacrifice). Kami orang muda masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Kereta lalu di bawah sajalah. Sekarang musim hujan jadi air tinggi, kalau banjir tak boleh lalu sini, kena pusing jauh sikit pakai jambatan tinggi. Jalan ini pun hanya satu kereta sehala boleh lalu, jadi yang opposite nak kena tunggu sampai tiada kereta atau semua dah limpas. Dulu-dulu kalau banjir besar dan ada binatang mangsa dibawa arus sungai dari kawasan pedalaman , boleh hanyut sampai ke pekan Tamparuli. Kerbau kalau hanyut sampai sini dulu pun tak hairan.
Mari mulakan perjalanan semula balik kampung, sekarang nak belok ke arah kiri yang ada papan tanda tulis 'Kawasan Berakit Jeram Sg. Kiulu (Gred 1-2) <Kiulu White Water Rafting>' . White Water Rafting di Sungai Kiulu sangat sesuai bagi beginners atau tak pandai berenang sebab sungainya tak deras dan dalam sangat. Molek untuk seisi keluarga berakit beriadah bersama-sama. Kali terakhir tukang kebun berakit masa Ilhan kecil lagi, nenek jaga Ilhan di rumah. Atuk Ilhan ikut kami berakit, mengimbas kembali zaman masa dia datang ke Kiulu sebagai guru melihat panorama sekeliling sambil berakit.
Sesiapa yang berminat untuk 'homestay' pun boleh.
Suka tengok jambatan gantung tuh..msti gayat tul nak sampai hujung tuh kan...waiting for more stories balik kg...:)
BalasPadamDa lama teringin nk jejak jambatan gantung mcm tu...ntah bila
BalasPadamkalau terang gambar yg jambatan bawah tu hehehe baru nampak ke-horroran limpas di jambatan tu...
BalasPadamSalam Nadia,
BalasPadamSebut aja Jambatan Tamparuli terngiang-ngiang lagunya dan penari Kadazan sedang menari! Lama sudah kali terakhir ke negeri di bawah bayu, itupun ke KK sahaja. Adalah ke Kundasang dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu - long2 time ago. Seronok ya balik kampung!!
Salam kenal. Tiba2 mama terpanggil melihat blog ni. mama suka tgk pokok2 tu. Mama link blog ni.
BalasPadamjumpa lagi.
Oh duk mana ya?
mama di Sri kembangan, selangor.
Masa K Mar ke KK tahun lepas..agenda ke Kundasang ada jadual ke Jambatan Tamparuli tapi tak sempat sebab ada peserta flight petang tu juga..
BalasPadamUmmuAidan~ Kalau tak biasa rasa lama kut perjalanan start ke akhir hehehe...
BalasPadamNadia~ mehlah visit Sabah pula banyak jambatan gantung kat sini.
Natch Amethyst~ Betul kalau jelas nampak jalan atas air tu lagi air tengah tinggi memang kalau ndak biasa menakutkan.
Ummu Madihah~
Salam Mak Aji, Seronok juga ke arah Gunung Kinabalu jalan-jalan. Dari kampung saya kalau cuaca cerah boleh nampak puncak Kinabalu.
Juhariah Johari~
Salam Perkenalan. Kami di Sungai Buloh. Tapi saya sedang bercuti.
Kak Mar~ Oh datanglah lagi pergi White Water Rafting di Kiulu pula.
Teringinsungguh nak naik jambatan gantung tu. yang ada di tempat tinggal saya ada yang kecik aje. Tu pun boleh rasa gayat walaupun tak setinggi atau sepanjang mana.
BalasPadamEeee ada korban? Korban apakah? Terkenang legenda Greek yang kena virginal sacrifice tuuuuu...
Sebnarnya Mama Pongkey belum ada rezeki sampai ke Sabah lagi. Teringin juga. Perlis dan Sabah sahaja 2 negeri yang belum pernah saya sampai lagi. White water rafting pula kali pertama di Jeram Besu, berhampiran Bentong. Masa tu tak tahu berenang dan fobia air, tapi digagahi juga.
Mama Pongkey~ Penunggu dia nak korban manusia juga, dengarnya perempuan, virginal sacrifice not surelah pula. According to the legend, people tried to erect bridge several time tapi tak menjadi, so they had to sacrifice. Baru dapat buat bridge.
BalasPadamWhite water rafting dekat Kiulu ok for beginners and pemandangan cantik.
klu ada yg berhajat mau naik jambatan Tamparuli, sila la bawa mknan ikan/ biskut...sampai d tgh2 boleh taburkan mknan utk santapan ikan2 di sungai...:) btw, jambatan ni yg kedua, jambatan lama telah putus semasa banjir pd thn 1999..
BalasPadamYa yang ni yang baru.
BalasPadam