Pokok bunga hippeastrum jenis Roseum rajin berbunga bersilih ganti di keliling Kebun Bahagia Bersama sejak bulan April lagi. Syukur alhamdulillah tidak putus-putus dapat menikmati bunganya yang menawan hati. Yang kelakarnya tidak diketahui di celah-celah pokok lidah jin pun tiba-tiba ada bunga tangkai Roseum hippeastrum tumbuh di depan rumah.
Masa mula-mula jumpa bibit bentuk bawang ni tak beberapa pasti lagi pokok apa. Kasihan pula tu yang memotong rumput main belasah je langgar bawang-bawang tersebut sehingga ada yang tercedera. Tapi bawang bunga hippeastrum memang tahan lasak.
Antara bawang hippeastrum di atas yang baru mengeluarkan tangkai bunga sebelum kami bertolak cuti ke Sabah. Anggaran saiz Roseum hippeastrum yang matang boleh menghasilkan bunga lebih sedikit dari 3 jari tukang kebun. Tukang kebun jari kecil sahaja dan minta maaflah kuku kotor tak cantik sebab selalu main dengan tanah.
Pokok bunga Roseum hippeastrum banyak ditanam di depan pintu masuk Zoo Negara Kuala Lumpur dan berdekatan kawasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Bulan April lepas, tukang kebun perhatikan banyak pokok bunga Roseum hippeastrum kembang di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Kebetulan musim bunganya agaknya. Di Kebun Bahagia Bersama pula musim bunga Roseum hippeastrum rancak di dalam bulan Mei ini.
Ada lagi tak bunga lili warna oren ni? saya nak beli.
BalasPadamSalam Bahagia Portulaca Grandiflora,
BalasPadamMasih banyak stok bagi bunga lily ni.
Further enquiry email to (kebunkmg@gmail.com).