Masakan Tradisional Malaysia banyak yang menggunakan jus air asam jawa. Kalau tiada asam jawa, mana perginya masakan asam pedas. Juga salah satu bahan untuk pencicah ikan bakar. Kalau sakit tekak pun selalu dinasihatkan minum jus air asam jawa. Makan yang masih muda pun sedap juga dicolek dengan kuah rojak. Papa tukang kebun Rayyan kadangkala semasa musim buah asam jawa, petik buah yang muda untuk snack Rayyan sementara dia menunggu kami dengan sabar berkebun di belakang. Tukang kebun saja semai biji-biji benih segar yang baru jatuh dari pokok dalam bekas-bekas dan percambahannya hampir 100%. Mungkin sebab benihnya fresh dan cuaca elok pula ada hujan hampir tiap hari.
Cuma binatang berbulu ini kadangkala suka makan daun anak-anak pokok asam jawa. Kalau perhatikan sekali imbas anak-anak pokok asam jawa yang masih muda kelihatan seperti rumpai pokok dukung anak. Batch anak-anak pokok asam jawa yang ditawarkan kali ini disemai benihnya pada bulan Mac 2013. Sebenarnya dalam satu bekas ada sekurang-kurangnya 2 anak pokok bersama-sama.
~Anak-Anak Pokok Asam Jawa ~
1 pokok RM15.
Kos penghantaran RM15
(jika hendak jimat dengan penghantaran anak-anak pokok lain boleh gunakan Pos Laju Prepaid Box Saiz M yang maximam berat muatannya tidak melebihi 5kg -RM20).
(jika hendak jimat dengan penghantaran anak-anak pokok lain boleh gunakan Pos Laju Prepaid Box Saiz M yang maximam berat muatannya tidak melebihi 5kg -RM20).
Mcm mana nak contact klu nak beli
BalasPadamSalam Bahagia AEM.
BalasPadamDetails selanjutnya boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).