Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Eucrosia Bicolor

 Assalamualaikum dan Selamat Pagi, moga ceria-ceria semua gardeners yang sedang bersiap untuk memulakan aktiviti berkebun atau urusan lain di pagi yang cerah hujung minggu ini. Bunga yang sedang berseri kembang di musim kemarau pagi ini ialah Si Eucrosia Bicolor yang kadang-kala juga dikenali sebagai Peruvian Lily. Tapi tukang kebun nak elakkan panggil Peruvian Lily sebab ada lagi satu jenis pokok bunga Alstromeria yang lebih dikaitkan dengan panggilan Peruvian Lily. Dah lama tukang kebun tak nampak dia ni sampai dah terlupa kewujudannya ada di dalam kebun di sudut corner belakang rumah berhampiran sidaian kain.
 Eucrosia ni jenis pokok bunga bawang macam hippeastrum ataupun nerine. Kelopok bunganya lebih kecil tapi misainya yang menawan tu sangatlah panjang. Kelmarin, masa nak angkat baju-baju yang kering di luar rumah, tiba-tiba pandangan mata ni rasa pelik selalunya hijau je di sudut kebun ni, kenapa pula ada warna merah terselit antara daun-daun hijau? Oh rupanya Eucrosia telah bangun dan menonjolkan diri dalam musim panas kering sekarang. Dalam panas dan kering ni ada juga bunga-bunga yang bangun berbunga bagaikan Sleeping Beauty (dramatik sikit). Eucrosia adalah jenis pokok yang keperluan airnya tidak banyak. Cukup memadai rahmat air hujan yang diterima sepanjang tahun sekiranya ditanam dalam tanah. Bawangnya tak suka jenis tanah yang airnya bertakung kerana akan mengakibatkan bawang mudah busuk dan reput. Jika tanah jenis yang airnya mengalir dengan baik, boleh biarkan sahaja let nature do all the work, tukang kebun boleh rilex.
 Eucrosia masa bangun untuk berbunga akan keluarkan bunga dahulu dan kemudian baru disusuli daunnya. Itu sebab kemunculannya selalu tak disangka-sangka. Seperti bawang hippeastrum, Eucrosia Bicolor kebiasaannya setelah melalui period yang kering akan mengujakan bawangnya untuk berbunga. Disebabkan tempat ni tak pernah disiram pada musim kering ini, muncullah bunga Eucrosia. Itu sebab kawasan ni nampak banyak daun-daun kering tak kena siram. Alamak big boss baru message dia balik Sungai Buloh sekejap minggu depan. Oppsss mesti banyak komen nanti.

Ceria-ceria bersama keluarga di hujung minggu ini :) .

2 ulasan: