Halaman

Ahad, 9 Jun 2013

Fresh Seeds Terung Asam Sarawak

 Ini adalah terung heirloom Malaysia yang telah dicop dalam Geographical Indication (GI) sebagai brand terung Sarawak lebih dikenali sebagai Terung Asam Sarawak ataupun Terung Dayak. Langkah yang bagus ini adalah initiative Jabatan Pertanian Negeri Sarawak pada tahun 2010 sebelum negara berjiran lain pula yang cop terung jenis ini brand berasal dari tempat mereka yang banyak terjadi dengan jenis tanaman-tanaman lain. Terung Dayak dikatakan native kepada Sarawak, di Tamu Sabah pun jarang-jarang sekali kelihatan terung Dayak ini. Pada asalnya, Terung Dayak ditanam bersama-sama padi bukit secara kecil-kecilan oleh farmers kecil, sekarang ini lebih meluas ditanam. Terung Dayak ini sangat unik sebelum masak berwarna hijau, ada jenis yang nampak berbelang-belang semasa pertukarannya ke warna bright orange setelah masak. Bila dibelah Terung Dayak yang masak kelihatan cross-section buahnya seperti buah tomato. Saiz buahnya dalam terung-terung jenis lain adalah sederhana tetapi lebih besar dari tomato jenis 'Beefsteak'.
 Terung Dayak rasanya unik juga agak berlainan dengan terung lain di mana ada rasa masam-masam. Terung Dayak sesuai masak bersama lauk ikan, kerabu mahupun curry. Aunty tukang kebun kata sedap juga digoreng bersama ikan bilis ataupun ikan masin. Semalam papa tukang-tukang kebun kecil terpaksa memasak sebab tukang kebun agak busy, jadi digorengnya Terung Asam Sarawak bersama ikan masin goreng tambah sedikit sos tiram. Tambah buah cili tapurak atau cili burung digoreng bersama pun best tapi tukang-tukang kebun kecil belum kuat pedas nanti diorang membebel je. Bunyinya simple tapi makan nasi kampung dari Sabah panas-panas amat menyelerakan. Kalau turun ke kebun atau bendang tapau lauk macam ni jalan jauh pun setelah kepenatan berkebun pasti berselera. Lauk macam ini kan sesuai kalau nak pergi potong getah ke atau buat kerja di sawah. Tapau pergi opis untuk lunch pun best.

~Heirloom Terung Asam Sarawak @ Terung Dayak ~
Approximate 50 seeds dalam satu pek ~ RM 3.00 .
Ready available seeds.

25 ulasan:

  1. Salam.Sy x pernah jumpa lah terung ni kt Kg sy di Penampang. Interesting. Member dr Pahang kata, sesuai juga dibuat sambal - panggang dulu,buang kulit,cincang, campur dgn belacan, lada, garam, secukup rasa. Sedap dimakan dengan ikan panggang/goreng.Wau...sodapnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang-jarang ada di tamu Kadazan sis.TRG. saya hanya terserampak di tamu Kiulu dan tamu Tamparuli. Itupun hanya seorang penjual je. Terima kasih share resepi. Memanh sedap buat sambal bertambah nasi. Macam ni susah buang beratlah saya.

      Padam
  2. sedapnyer lauk goreng ikan kering tu...mkn nasi panas2...mesti brtambah2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berselera bertambah nasi @na. Satu lauk pun dah cukup.

      Padam
  3. Diana; nampak macam buah tomato kat dalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nampak macam buah tomato bila dibelah Dr. H. Rasanya pun masam lain dari jenis terung lain.

      Padam
  4. Salam diana..avia nak satu pek..thanks

    BalasPadam
  5. Masam2...penah makan kat rumah abang di Serian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya masam-masam. Orang gemar masam pasti suka kan buah terung ini Gina.

      Padam
  6. Aida nak satu paket diana. Thanks!

    BalasPadam
  7. Diana must upload recipe as well...hehe look delicious...nak cuba tanam..hopefully ada rezeki boleh rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun cuba-cuba je masak Aida. Bahan main ikut sedap hati tiada sukatan. InsyaAllah kalau dah makin mahir masak terung ni nanti.

      Padam
  8. Balasan
    1. Salam bonda Shafirul. Tukang kebun ada simpan kan.

      Padam
  9. Saya nak buah asam tu. Isteri mengandung mengidam nak makan.. Berapa sekilo ye,? (hazrul)

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Hazrul.

    Buah terung asam kami tak mula bekalkan lagi.

    BalasPadam
  11. Ada penerangan...bagaimana nk tanam, penjagaan, kesesuaian tanah,kaedah tbaru n lama n pasaran...

    BalasPadam
  12. Saya nak beli buahnya bole pos?

    BalasPadam
  13. Salam Bahagia.

    Biji benih dan buah tiada bekalan sekarang.

    BalasPadam
  14. Seeds masih available untuk dijual?

    BalasPadam
  15. Salam Bahagia Angela Laing,

    Biji benih segar terung ini kami tiada stock sekarang.

    BalasPadam
  16. Hi.. saya nak order biji benih teruk dayak.. masih ada kah?

    BalasPadam
  17. Benih terung dayak masih avalaible ke.kalau ada saya nak

    BalasPadam
  18. Salam Bahagia CathJ dan Chantique,

    Benih terung dayak tiada stock sekarang.

    BalasPadam