Semalam tadika tutup tapi sebab tukang kebun Ilhan suka ke tadika (untung mamapapa dia kalau tak dengar cakap, selalu usik cakap tak nak hantar pergi tadika :P ) , terpaksalah juga ke tadika nak yakinkan Ilhan tadika tutup nanti air mata berderai-derai dan jumpa cikgu sekejap. Bila balik dalam keadaan kabus yang tak sihat @ jerebu ternampak di satu sudut warna merah jambu memanggil-manggil. Subhanallah dalam jerebu-jerebu ni masih mekar indah lagi Cik Gladioli pink dengan ropol-ropol putih di keliling kelopaknya. Sudahlah berapa kali itik Si Josephine duduk atasnya dengan tukang kebun pun beberapa kali tercabut pokoknya semasa merumput kawasan ini. Tapi mekar senyumannya very contagious tukang kebun pun tersenyum terpikat membalas.
Hari ini mekar pula bunga yang kedua. Syukur Alhamdulillah bulan June ini terima hadiah lagi dari gladioli iaitu warna baru dalam private collection tukang kebun.
Syukur Alhamdulillah dengan rahmatnya, hujan turun juga lewat petang tadi, esok boleh off siram pokok-pokok. Nasib baik tukang kebun sempat gali bawang-bawang gladioli yang pokoknya dah kering-kontang setelah habis berbunga 2 bulan lalu. Terkejut tukang kebun, saiz bawang gladiolinya besar dan sangat sihat, ambil hatilah tu masa kembang tukang kebun tak dapat nak enjoy sebab berada di Sabah bunga gladioli warna peach. Korek bawang tu buat masa tanah kering.
boleh makan ke bwgnya tu..hehe
BalasPadamGladioli bawangnya saya tak ingat boleh makan atau tidak. Tapi bawang tulip ke daffodil boleh rasanya.
Padamwah.. menjadi-jadi glad ni.. K Mar semua tak jadi.. bawangnya selalu mereput...
BalasPadamKak Mar mungkin cuba tukar brand medium tanah. Bawangnya tak gemar kalau tanah sentiasa basah sangat. Campur tanah dengan pasir sikit.
PadamDiana...gladioli bulb once dah gali..next time perlu put in freezer tak before tanam balik?or boleh tanam terus je?
BalasPadamJangan simpan dalam freezer beku tu Aida terencat gladioli bulb nanti. Simpan tempat kering, gelap dan tak panas dah memadai. Tanam terus pun boleh.
PadamWah,very bright and cheerful. Good to brighten up these few hazy days. Love the colour of the peach ones.
BalasPadamEven the haze can't make it stop be blooming cheerfully Sean. Bolehlah cuci mata.
Padamjarang tgk yg warna peach tu...segar!
BalasPadamJadi segar tengok diorang mekar dalam jerebu ni ana.
PadamSeronokkan hari2 dpt tgk pelbagai bunga berlainan mekar kembang....huhuhuhu syokkkk
BalasPadamGladioli ni memang menawan dan mengasyikkan Yus.
Padamakak tanam pun x menjadi...x sempat keluar bunga dah kiok....
BalasPadamGladioli sy dr 5 corms dah tumbuh 2 nampaknya..risau jugak sbb lps tanam kene outstation..pg ni tgk dh tumbuh seinci lbh, alhamdulillah..yg 3 lg x tau ape nasib dia. harapan msh ade..hihi
BalasPadamKebun Ibu~ Kak Haslinda bawangnya reput ke dekat dalam tanah? Gladioli ni tak boleh banyak sangat air kalau tanah jenis keras.
BalasPadamGina~ Syukur alhamdulillah ada yang dah bercambah. Gladioli nak kena ada cahaya baru pertumbuhan yang baik dan cepat.
Diana, bawangnye x reput..pada awal pertumbuhan pokoknye sihat je...bila dah lama daunnya layu dan terus mati...
BalasPadamKebun Ibu~ Ada kemungkinan pokoknya banyak fokus menghasilkan bawang-bawang di dalam tanah dari berbunga untuk hasilkan anak-anak seterusnya. Ada beranak-pinak tak bawangnya? Ataupun bawangnya lebih membesar?
BalasPadamDiana, bawang yang dah dikeluarkan tu boleh buat ape? tanam balik, boleh tumbuh pokok ke?
BalasPadamFarah, bawangnya boleh ditanam balik untuk kitaran semula pokok galdioli hidup nak berbunga,
BalasPadam