Pertama kali tukang kebun lihat tanaman ini di Tamu Tamparuli, ingatkan bawang merah atau bawang besar segar. Tapi daunnya nampak lain dari daun bawang merah atau bawang besar tak berlubang. Daunnya macam daun pokok jenis palm pula bila dibelek-belek. Rupa-rupanya big boss dah tanam di kebun Sungai Buloh tapi tukang kebun tak perasan sebab dia tanam antara celah-celah trellis lama sengkuang tukang kebun. Tukang kebun ingat yang big boss tanam setelah 6 bulan sibuk weeding di kawasan itu, pokok ornamental yang tak berbunga-bunga sebab cantik daunnya. Rupa-rupanya pokok tanaman ini yang dipanggil 'Tampaka' di dalam bahasa Dusun-Kadazan (no idea apa dalam bahasa, ejaan dalam Dusun-Kadazan ni pun takut salah eja main agak je). Pokoknya tak tinggi dan takde batang pokok pun. Cuma daun-daunnya je seakan kipas di atas tanah dengan ketinggian pun tidak mencapai 30cm.
'Tampaka' sebenarnya lebih digunakan sebagai ubat tradisional untuk membantu menambahkan darah atau mencuci/membersihkan darah dalam badan. 'Tampaka' direbus atau campur buat sup dengan ayam atau daging dan makan. Menunggu 'Tampaka' membentuk bebawang memerlukan kesabaran kerana mengambil hampir satu tahun untuk dapat hasil seperti gambar di atas. Kerana ianya dikatakan membantu menambahkan darah, tukang kebun nak standby tanam lagi just in case sesiapa yang menjalani pembedahan dan kekurangan darah bolehlah ikhtiar menggunakan tanaman 'Tampaka' ini yang tidak mudah dapat di Semenanjung Malaysia. Lagipun penyediaannya tak susah pun campak-campak je dalam sup ayam atau daging yang jenis masakan untuk pesakit juga. Tukang kebun kecil kami Rayyan akan perlukan pembedahan yang tidak pasti bila ikut keadaannya. Susah nak agak kesihatan secara pandangan luaran kasar untuk HeartKid Rayyan kami ini. Nampak sahaja main lasak, tapi dalam siapa tahu. Jadi tukang kebun nak allocate sedikit kawasan untuk tanam 'Tampaka' just in case sebab tak perlu penjagaan sangat tanam tanaman ini. Yang big boss tanam dulu hidup bahagia dengan sendirinya sihat walfiat tukang kebun perhatikan.
Tukang kebun ada lebihan rumpun (divisions) 'Tampaka' jika ada sesiapa yang ingin ada tanaman ini di kebun merekan. Satu rumpun ada sekurang-kurangnya 5 bawang clump together boleh diceraikan untuk tujuan menanam.
Akan dipos pada 10hb/11hb June 2013.
Kos penghantaran RM7 dan tiada penambahan kos penghantaran sekiranya combine shipment dengan biji benih/rizom halia merah/bulb gladioli.
Saya nak satu
BalasPadamSrikota Garden
saya nak satu
BalasPadamSalam,saya pun nak satu.
BalasPadamtapi penghantaran bersama2 dengan benih2 dan anak pokok yang saya order sblm ni,boleh tak?
if not possible,inform ye :)
bib nak 1 rumpun
BalasPadamTukang kebun ada simpankan seperti pesanan di atas. Thank You.
BalasPadamDiana..aida nal satu rumpun ye.thank you
BalasPadamYang nih orang Cina masak sup. Sedap dan mewarnakan kesemua benda dalam sup tu merah.
BalasPadamSean in Chinese, tanaman ni panggil apa?
PadamOthers medicinal value boleh share dengan kami?
Salam,Diana....saya tumpang share this post punya link in my blog ok..thank you! :)
BalasPadamLama tak nampak hang kebun.
PadamBoleh no worries.