Halaman

Jumaat, 21 Jun 2013

White Bush Scallop Pattypam Squash

 Pattypan squash adalah antara labu yang jenis kecil. Tapi berbeza dengan labu nak tunggu besar dengan matang sebelum dipetik. Lebih unik lagi bentuknya yang kecil comel macam butang baju. Pattypan squash buahnya dituai semasa muda setelah pendebungan/persenyawaan dilakukan lebih 2-3 hari membesar nak kena petik selalu. Kalau dibiarkan besar buahnya, pokoknya akan berkurangan menghasilkan buah dan cepat uzur pokoknya. Jika rajin petik bukan main lagi pokoknya nak berbuah macam bendi asyik nak kena petik selalu. Tukang kebun pun terkejar-kejar nak tuai buahnya dekat ampaian jadi selalu lalu sambil simpan dalam poket uniform berkebun. Kadang-kadang lupa esok seluk poket baru perasan ada buah pattypan squash dalam poket uniform.
 Pucuk pattypan Squash yang ada bunga betina sedang membesar. Kebiasaannya bunga jantan kembang dulu, dalam seminggu dua barulah  bunga betina mula nak kembang. Untuk persenyawaan debunga betina dan jantan elok dilakukan awal pagi di mana bunganya baru kembang. Kalau musim panas, bunganya cepat kucup, pukul satu dah betina tutup entry kekadang lebah pun tak boleh masuk. Sebab dia adik beradik labu, ada bunga jantan dan bunga betina dalam satu pokok. Bunga betina ada buahnya di belakang yang ditunjukkan anak panah berwarna pink. Manakala bunga jantan yang anak panah berwarna biru seperti di gambar bawah. Tukang kebun kadang-kadang potong buahnya campur goreng ayam masak halia.



~Biji Benih White Bush Scallop Pattypan Squash ~

Anggaran 7 seeds satu pek (RM3.00).
Stok terhad. Ready available stock.
Kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Nak 1 pek yerk.-eila

    BalasPadam
  3. Salam..
    Simpan 2 pek. tq
    susilawati.norddin@gmail.com

    BalasPadam
  4. Diana, akak nak 1 pek ye...hhussin71@yahoo.com-k.haslinda

    BalasPadam
  5. Salam diana,pokoknya bkn jns memanjat dan sesuai tnm dlm container?kalau ye,saya nak 1 pek :-)

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia.

    Tukang kebun ada simpankan seperti pesanan di atas.

    Narshifa~ Pokoknya bukan jenis memanjat dan boleh juga ditanam dalam container.

    BalasPadam