Pagi hari ke-8 Ramadhan tahun ini selepas menghantar tukang kebun Ilhan ke sekolah rutin setiap hari tukang kebun akan ke belakang kawasan kebun untuk beri makan kepada pet yang bising selagi tak kasi makan bila nampak bayang tukang kebun. Terpaksalah mereka menunggu sekejap bila langkah tukang kebun terhenti terkejut terpegun melihat bawang pokok bunga crinum yang dibawa pulang June lepas dari kampung kembang mekar pagi ini. Besar bunganya sama taraf dengan Asiatic/Oriental Lilium. Ada sesiapa yang boleh tolong tukang kebun beri identiti Crinum jenis yang mana satu?
Petang semalam tukang kebun perasan putik bunganya tapi tak sangka akan kembang keesokan harinya. Bulb bunga ini berada di bawah kanopi pokok Ceri Terengganu yang sedang berbuah dan hanya menerima cahaya matahari awal pagi.
Yang tukang kebun terkejut, bawang crinum yang lambat sekali tukang kebun tanam sebab masih terfikir-fikir nak cuba tanam di mana yang paling awal sekali berbunga berbanding tempat lain. Mungkin sebab dengan tidak sengaja tukang kebun force bulb tu jadi dormant kering sekejap, lepas tu sumbat dalam tanah masa musim jerebu panas dan kering bila hujan ianya hidup kembali menghasilkan bunga seperti pokok jenis bawang-bawang lain macam amaryllis. Bawang crinum tidak perlu ditanam semua bahagian bawangnya ke dalam tanah, boleh biarkan 1/3 bawang di atas tanah. Bawang-bawang crinum sedang mengeluarkan daun manakala bawang yang ini terus keluar batang bunganya.
Pokok bunga crinum ini jenis tinggi ada sampai 70cm, tengok perbandingan modelnya di bawah iaitu ayam telur betina yang sudah bertelur. Belakang tu dah ramai menunggu breakfast. Angsa putih dewasa pun tak setinggi bunga crinum ini. Hari ini syukur alhamdulillah juga ada pelbagai rezeki dari kebun dan dapatlah antaranya berkongsi untuk Pasar Ramadhan Roselle penghantaran hari ini. Gambar tuaian roselle, petola segi, bendi, bunga telang, lemon dan lain-lain ter-delete pula. Jadi gambar tuaian dalam upih lagi satu seperti di bawah; buah kuning telur, pisang, cili burung, terung pipit dan belimbing buloh.
Yang ini pula anak-anak suka-suka hati ambil penyapu pergi tuai sendiri buah bidara (Epal Sarawak) guna penyapu di depan rumah masa Mama di belakang rumah. Mamanya dah kata kecik lagi tunggu sampai buahnya hijau cair lagi tak dengar teringin dan suka sangat agaknya. Abang Ilhan rajin petik untuk Adik Rayyan yang suka sangat makan buah bidara. Buah bidara ni kalau masak betul lagi manis dari epal Granny Smith.
Bunga Crinum dekat reban pula berbunga bukan dekat kawasan frontyard nak bagi motivation turun kebun di bulan puasa ni agaknya. Terima kasih Sean dan Gardener beri confirmation bunga semalam tu Garlic Vine, bunga crinum tersenyum kembang to you...hehehe....belum sempat nak edit lagi. Tukang kebun nak mulakan sesi memasak untuk berbuka puasa pula, masak simple je sebab dengan anak-anak yang kecil je hari ni. So masak petola segi bersama suuhun dan bebola ayam je, simple dan cepat.
Selamat Berbuka Puasa.
Salam, tertarik blog tukang kebun, syabas
BalasPadamSalam tukang kebun, tomatilo boleh tumbuh tak d malaysia?
BalasPadamCantik dan berseri bunganya, walaupun daunnya tak kurang.
BalasPadamselAma ni saya sangka buah bidara beracun. nice info
BalasPadamTerima Kasih walaupun tak seberapa blog ringkas ini.
BalasPadamHisham ~ Tomatilo boleh tumbuh di Malaysia, pokok letup-letup yang liar tu pun adik-beradik tomatilo.
SriKota Garden~ Pokok yang ini keluar bunga dahulu sebelum keluar daun hehehe...
Nitesky~ Oh burung selalu berebut-rebut makan buah bidara ni.
Hmmm, Crinums are very hard to tell, could be one of the scabrum hybrids, or the unresolved sanderianum, which is believed to be a zeylanicum. The red and white types are usually called milk and wine - including sanderianum, xdigweedii.
BalasPadamMmm memang difficult nak ID Crinumkan Sean. Thank you for the tips. Internet connection problem pula.
BalasPadam