Halaman

Khamis, 25 Julai 2013

Catatan Crinum Moorei


  Cuma catatan tukang kebun untuk ahli baru di kebun tukang kebun iaitu Crinum Moori yang seperti crinum di bawa dari kampung flower stalknya juga tumbuh tinggi antara 80-120cm. Berbeza dengan hippeastrum yang sensitive kepada tanah yang bertakung boleh mereputkan bawangnya, bawang crinum atau pokoknya suka tanah yang moisture banyak untuk pertumbuhan yang baik. Pastikan tanah tidak kering semasa pembesarannya. Disebabkan itu crinum sesuai tumbuh berdekatan di terusan berair. Bunganya perlu ciuman matahari untuk kembang dengan baik.

 Dugaan bulan Ramadhan air panas semua bilik air rosak, internet broadband line rumah pun tak berfungsi, peti ais pun rosak nak kena kosongkan hari ini supaya kedai boleh ambil repair. Kejap lagi nak kena kemas kosongkan. Sebab minggu ni dah rosak tukang kebun tak beli stok makanan basah. Kalau sayur kena foraging di belakang kebun untuk bubur Abby minggu ni hampir vegetarian campur dengan ikan bilis. Hasil foraging pagi ini, petola,daun sayur raja untuk bubur Abby. Jus Roselle untuk berbuka puasa. Kesimpulan tuaian harian minggu ini. Bunga telang nak minta tolong tukang kebun Ilhan dan Rayyan kutip petang nanti.


 Disebabkan masalah internet connection,  email dan komen reply tergendala harap maklum.

2 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Apa pasal semua benda rosak serentak ni?? Harap semuanya dah ok sekarang!

    BalasPadam
  2. Salam Mak Aji.

    Dugaan di bulan puasa ni agaknya. Satu-satu bermasalah.

    BalasPadam