Halaman

Sabtu, 13 Julai 2013

Empat Ramadhan Tanam Pokok Salak

 Hari keempat dalam bulan Ramadhan ini tanam anak pokok salak yang dah lama berteduh di bawah pokok roselle. Anak pokok ini benihnya disemai akhir tahun lepas diberikan oleh ayah mertua tukang kebun. Semua biji benihnya bercambah dengan baik dan membesar dengan baik syukur Alhamdulillah. Ada lagi adik-beradiknya yang belum dipindahkan tunggu lepas raya barangkali.
 Sebab hari ni suami tak bekerja jadi tuaian yang tinggi-tinggi tu dapatlah dia tolong ambilkan seperti betik, kelapa dan pisang-pisang pelbagai jenis. Hampir kesemuaya dibawa ke rumah atuk di Kepong yang sedang dalam perjalanan.

 Rezeki tuaian hari in seperti bendi dan petola segi akan dikongsi dengan atuk dan nenek di mana kami berbuka puasa beramai-ramai hari ini di Kepong. Sedang bawa sirap biru dan jus rosella ke sana. Keledek ungu stok untuk makanan Abby minggu depan. Limau Kasturi pula stok untuk kami sekeluarga minggu depan.
 Syukur Alhamdulillah hari ini nangka yang sangat semerbak dan ranum dapat kami menikmati bersama berbuka puasa. Baru sahaja selesai kopek nangka.

Selamat Berbuka Puasa.

7 ulasan:

  1. sedapnya nangka...tp fobia sikit dgn nangka sbnrnya. Akibat terlebih mkn ms pregnant ank sulong, esoknya mc demam urat :).

    BalasPadam
  2. salam Diana, MasyaAllah sedapnye nangka tu...nmpak sgt manis...

    BalasPadam
  3. Gina ~ Demam urat tu macam mana? Selalu saya kalau preggy anak lelaki water retention teruk dekat kaki jadi phobia minum air banyak pula.

    Salam @na~ Manis dan fresh :) . Selamat makan beberapa ulas masa sahur tadi.

    BalasPadam
  4. Oh..sedapnya nampak buah nangka yg masal tuh..bak sebiji..:)

    BalasPadam
  5. Salam. Ai, buah nangka ni lah buah yang 'tak dapat dilepaskan'. Kat rumah di TRG pun nangka madu yg ditanam di sebelah rumah berebut-rebut masak.Semua jiran dah habis diberi, terpaksa bawa ke tempat kerja krna banyak sangat. Alhamdulilah, rezeki bulan Ramadhan......

    BalasPadam
  6. Wah, nampak sedap buah nangka tu. Keledek purple tu jenis purple skin purple flesh ke (one of the murasaki)?

    BalasPadam
  7. UmmuAidan~ Hehehe...kalaulah boleh buat post nangka takut semerbak sangat.

    Kadazan sis. TRG~ Banyak terlepas nangka bulan ni terlupa nak tengok. Ya kan kalau sebiji tu memang banyak tak termakan. Bagus rezeki ramai-ramai.

    Sean L~ Yup keledek isinya juga murasaki. But don't have much luck with this variety. Often produce flower in expense of tubers.

    BalasPadam