Halaman

Isnin, 15 Julai 2013

Garlic Vine Climbing Veins Flower

 Pokok bunga Garlic Vine adalah dari keluarga/family Bignoniaceae. Struktur daun dan bunganya sangat mirip kepada Pandorea jasminoides (Bower vine), cuma warna bunganya berlainan sedikit. Pokok bunga Garlic Vine adalah jenis pokok bunga yang memanjat dan di rumah ada yang tingginya mengalahkan kabel wayar elektrik dan cuba juga bertenggek menumpang wayar elektrik. Dahan pokoknya tidaklah besar tapi terror memanjat menjadikan pokok lipstick palm untuk naik tinggi, kalau batangnya dah mencecah pokok kelapa agaknya bersama-sama meninggi dengan pokok kelapa di sebelah pokok lipstick palm. Gugusan bunganya dan bunganya menarik macam loceng.
 Pokok bunga garlic vine seperti bauhinia kockiana rajin berbunga sepanjang tahun dan sukakan cahaya matahari (sun lover) di kawasan beriklim tropika. Kalau tak nak ianya memanjat tinggi kena rajin pangkas pokoknya sebab pokok ni cepat sahaja pertumbuhannya seperti pokok akar dani (rangoon creeper).
Warna bunganya yang kembang baru adalah purple-pinkish yang lama kelamaan pudar menjadi pinkish white. Daun pokok bunga ini adalah sekurang-kurangnya 2 kali ganda besar dari jenis pokok bunga alamanda tapi jarang-jarang antara satu sama lain.
 Keperluan air pokok garlic vine adalah sangat rendah setelah pokoknya telah menyesuaikan diri atau matang (well-established). Jika dilevelkan keperluan air dengan rating 1~5, dengan level 5 banyak air, keperluan air pokok pandorea ialah 1. Sebagai contoh, pokok garlic vine yang berdekatan dengan dapur yang memanjat pokok Mickey Mouse plant tumbuh dengan bahagia sendiri di celah-celah ruangan yang bersimen seperti gambar di atas. Daun-daun kering dari pokok Mickey Mouse dan lain-lain yang menutupi simen dan itulah ada batang pokok pandorea. Kalau berminat English Cottage Garden, pokok bunga garlic vine akan kelihatan cantik memanjat trellis-trellis yang berbentuk style English Cottage Garden.
 Putik bunga Garlic Vine.

 Beberapa bulan lepas dan 1~2 minggu lepas, ada yang menerima complimentary gift biji benih label 'pink trumpet' yang biji benih texture pappery mungkin tertanya-tanya pokok pink trumpet bagaimana, Itulah biji benih pink trumpet dari pokok-pokok di atas.

~ Pokok bunga Garlic Vine~

1 Bekas RM$8.00 (kos penghantaran RM10).
Kos penghantaran 2~3 bekas pokok Garlic Vine ialah RM13.

Koleksi lain pokok bunga jenis climbing yang sedang ditawarkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini ialah:


19 ulasan:

  1. Nampak macam garlic vine. Kalau Diana ramas daunnya dan ada rasa bawang putih, sah garlic vine. Ataupun mungkin bignonia lain.

    BalasPadam
  2. Pandorea biasanya ada leaflets, tapi yang ni nampak entire, lebih mirip Bignonia atau Mansoa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Sean the garlicky smell can sure have enough supply to ward off vampires. My eyes not yet train with the bignonia.

      Padam
  3. pokok ni yg ada kat rumah sy tk lebat mcm bunganya...mungkin dok tempat redup kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. @na pokok ni daunnya tak lebat tapi bila bunganya kembang lebat memang berseri taman.

      Padam
  4. Salam Diana,
    Pokok bunga ni ada bhgn yg beracun/toksik mcm angel's trumpet, kemboja,adenium x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Shifa.
      Tak pasti ada part beracun atau tidak tapi pak Google kata banyak medicinal value dan daunnya boleh ganti garlic dalam masakan.

      Padam
  5. kalau tanam atas pagar pun cantik jugak kan..
    selamatberpuasa..

    BalasPadam
  6. Salam Bahagia yvonnecff,

    Masih ada stock garlic vine.
    BOleh email ke (kebunkmg@gmail.com) for further enquiry.

    BalasPadam
  7. bagaimana cara saya ingin mendapatkan pokok garlic vine tersebut, saya nak beli pokoknya untuk kajian FYP saya? ;) mohon bantuan ya

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Mumtazzah,

    Baru pula habis bekalan pokok garlic vine ni.

    BalasPadam
  9. Salaam.
    Mum mana saya nk dapatkan Benih garlic vine ni?

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia,

    Boleh buat pesanan hantar email kepada (kebunkmg@gmail.com).
    Ada stok sekarang untuk anak pokok garlic vine.

    BalasPadam