Halaman

Ahad, 4 Ogos 2013

Bekal Kelapa Tua Ogos

  Semalam sebelum menamatkan aktiviti di kebun, mana yang terdaya tukang kebun kutip kelapa tua yang bertaburan dalam kebun sukar nanti nak memotong rumput. Sambil sorting kelapa tua yang masih elok dipakai dan sudah kering kontang adalah tukang kebun berjaya kumpulkan lebih 85 biji kelapa tua yang elok untuk dipakai mendapatkan santan. Walaupun tak sempat atau dah tak terdaya nak kutip lagi semalam dari lepas sahur tak berhenti aktiviti di luar sampai pukul 1 lebih. Abbiyana dah panggil-panggil, papanya pun  dah penat dan belum lagi hilang penat pergi outstation.  Thank you dear pelbagai pokok tinggi-tinggi tolong panjat semalam, nanti isteri tak tahan mengidam tunggu lama pergi panjat sendiri kes keras kepala uhuks dugaan si suami.


 Dah nak Syawal tak rasa lapar tapi dahagakan air bila dah panas terik. Pokok kelapa dah banyak yang tinggi-tinggi, mana yang masih mampu dipanjat dengan tangga masa berpuasa ni. 

 Alang-alang dah memanjat tuai kelapa muda sekali boleh dibawa untuk jemputan berbuka puasa sama-sama hari ini.


Rasanya koleksi kelapa tua ada lebih 200 biji.
Saudara Saudari yang mencari bekalan kelapa bulan ini boleh dapatkan dari kami.
1 kelapa tua 50sen.
Tukang kebun nak clearkan longgokkan kelapa tua batch ini jadinya kalau borong 200biji -RM80.00 (pick up sendiri).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan