Bentuk bunga Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) sangat menarik seperti rama-rama ataupun pari-pari cerita dongeng benua Eropah. Warnanya lilac yang lembut pasti menjadi kegemaran bagi mereka yang minat warna pastel. Bukan sahaja bunganya yang menarik, tapi corak permukaan daunnya juga menarik nampak jelas contrast vein di daunnya. Pokok bunga Blue Crossandra adalah jenis pokok bush yang sederhana tinggi sahaja jadi sesuai bagi mereka yang tiada ruang besar boleh selit sana sini di bawah atau bersebelahan pokok besar pun boleh. Tambahan pula, pokok bunga ini suka di kawasan yang tidak menerima banyak cahaya matahari memadai dengan tempias samar-samar cahaya (filtered/dappled light). Pokok bunga Blue Crossandra kami rajin berbunga sepanjang tahun di bawah teduhan daun lebar pokok Keladi Gajah (Elephant Ear).
Puaslah mencari namanya,
Tanya sini sana,
Akhirnya Sean jugalah ditanya,
Membantu carikan nama.
Terima Kasih Daun Keladi Sean.
~Blue Crossandra (Pseuderanthemum graciflorum) ~
1 pot RM7.00 .
saya nak sepokok
BalasPadamKebetulan saya pernah come across pokok ini. It is one of our native plants that have landscape and horticultural value. Sayangnya tidak ramai yang menghargainya seperti Diana.
BalasPadamAwin ~ Ada tukang kebun simpankan.
BalasPadamSean~ Very rare colour for a native plant. Living happily without care in our garden. The buds sometimes reminds me of the misai kucing shape.
Pokok ni hidup lama ke?
BalasPadamKucen master ini pokok perennial lama jangka hidupnya jika cukup keperluannya.
Padam