Halaman

Selasa, 27 Ogos 2013

Hourensou Bayam Jepun (ほうれん草)


  Hourensou (Spinacia oleracia) adalah antara jenis bayam yang paling banyak dijual di negara Jepun. Di Jepun, hourensou banyak ditanam di kawasan prefecture Chiba dan Saitama. Antara memori mengenai hourensou yang masih terbayang-bayang di kepala tukang kebun adalah kisah mengenai petani yang ketika tsunami besar berlaku beberapa tahun lalu menyebabkan kebocoran loji nuklear menyebabkan mereka kerugian besar sebab tidak dapat menjual hasil hourensou mereka yang dikesan ada radiasi ke atas sayur hourensou tumbuh berdekatan dengan kawasan loji nuklear yang leaking. Tentulah mereka yang tinggal di Jepun juga terasa bahangnya masalah bekalan hourensou kerana sayur ini adalah antara sayur tempatan yang murah untuk supply bekalan dapur mereka.
 Menanam hourensou adalah mudah kerana ianya juga sesuai ditanam di dalam bekas bagi mereka yang tidak mempunyai ruang tanah kerana boleh sahaja ditanam dalam bekas asalkan sahaja menerima sekurang-kurangnya lebih 4 jam cahaya matahari. Bagi mereka yang inginkan cahaya mata atau dalam preparation hendak mengandung hourensou adalah bagus kerana mempunyai kandungan folate yang banyak. Selain itu, ianya juga terkandung banyak vitamin A.
  Sayur hourensou sudah boleh dituai bermula dari ketinggian 2 cm pun boleh jika biji benihnya bercambah dekat-dekat. Biji benih hourensou adalah besar dan agak berduri, jadi berhati-hatilah semasa mengendalikan biji benihnya. Sayur ini boleh juga dimasak bersama masakan ala pasta. Campur dalam sup bebola ikan atau daging pun boleh.

~ Biji Benih Hourensou ~
Anggaran 30 biji benih satu pek RM1.00 .

12 ulasan:

  1. Diana, 1 pkt for me pls. Thks.
    Choi Min.

    BalasPadam
  2. selalu gak beli sayur ni, sedap tapi kenkadang terjumpa yg pahit, kenapa agaknya yer?

    BalasPadam
  3. Salam bahagia Diana,

    Saya nak order 2 pack ya.
    Samiah : red_888_soul@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Salam diana, harap masih ada 1 pek utk eila yerk.

    BalasPadam
  5. Pesanan di atas semua sudah dicatit.

    SMROSE~ Yang dah tua mungkin dah mula rasa pahit macam bayam lain juga. Kekadang pH tanah juga boleh jadi faktor kenapa pahit.

    BalasPadam
  6. Diana..simpan satu pek..kemudian email available seed utk bln ni..email nazifa tu ye..tau kan

    BalasPadam