Halaman

Isnin, 19 Ogos 2013

Pattypan Squash Yellow Scalloped

  Pattypan Squash Yellow Scalloped macam butang baju warna kuning bentuknya. Sayurnya unik yang jarang didapati di pasaraya Malaysia dan sesuai dengan cuaca tropika. Pokoknya pun dari biji benih bercambah kebiasaannya belum 2 bulan sudah menghasilkan bunga betina dan jantan. Sekiranya pendebungan betina dan jantan berjaya buah yang terletak di bunga betina akan membesar. Tak perlu tunggu buahnya membesar sangat, lebih muda dan tender diambil lebih enak. Tambahan pula, kalau selalu dipetik buahnya lebih banyak ianya menghasilkan buah. Tidak kira saiz buahnya, selepas pendebungan elok petik sebelum buah tersebut mencapai 4 hari supaya pertumbuhan pokok tidak terbantut untuk menghasilkan buahnya lagi.
 Patch yang di dalam gambar di atas adalah dilokasi full sun. Yang boleh nampak kacang tanah tadong tumbuh bersama-sama pattypan squash yang disemai secara kaedah 'direct-sowing' pada minggu pertama bulan Ramadhan .Tukang kebun ingat sebab sebelum hubby kena pergi outstation, dia tolong gemburkan tanah dengan baja kambing dan pagar patch ni.  Lepas tu hati rasa geram, pasang pagar keliling patch main cincai dia je, bukannya pastikan antara wayar yang disambung tu bahagian bawah kalau angsa itik tolak boleh bolos masuk (nak mengadulah ni) :P .  First time tukang kebun pergi siram dengan air santan yang dah tersimpan lama dalam patch ni masa baru sahaja semuanya bercambah, pattypan squash pun baru 4-2 helai daun. Bila masuk rumah pastu patah balik, angsa itik buat party pula dalam patch ni habis anak-anak pokok dipijak-pijaknya. Ingatkan sudah tiada rezeki, tiada harapan...dugaan puasa. Sampai tukang kebun trauma tak nak lagi pergi menyiram dekat sini lagi sampailah minggu ni. Syukur Alhamduillah dalam sebulan lebih sahaja dan dalam minggu ini dah mula berbunga pattypan squash yang disemai biji benihnya bulan lepas selepas tukang kebun redha jelah. Tambahan musim panas dan kering, mereka masih segar bugar lagi. Satu keistimewaan musim panas dan kering ialah kumbang yang suka makan apa jenis daun timun atau labu tu tak keluar musim panas kering. Jadi  pattypan squash tu tumbuh tanpa enemy No. 1  tu semasa musim kemarau. Yes you can grow them organically without any toxic spraying or home-made remedy. 

~ Pattypan Squash Yellow Scalloped~
Anggaran 7 biji benih dalam satu pek RM3.00.



6 ulasan:

  1. saya nak 2 pack pattypan yellow dan 2 pack straightneck zucchini yellow

    BalasPadam
  2. assalamulaiku...selamat hari raya Diana..akak nak satu pek ye..lagi satu akak nak tanye selalunye Diana masak ape ye..hhussin71@yahoo.com..

    BalasPadam
  3. tak pernah makan mahupun pegang lagi buah nie so far..sedap tak?

    BalasPadam
  4. Tukang kebun ada simpankan seperti pesanan di atas.

    Kak Haslinda,
    Waalaikumsalam, Salam lebaran dan Maaf Zahir batin,campur dalam masak ayam halia atau masak lemak putih pun boleh.

    UmmuAidanArissa~ Ikut gaya masakkan dan citarasa.

    BalasPadam