Bulan Syawal sudah tiba yang bawang hippeastrum jenis Red Flash ini pula nak beraya menyerikan laman luar rumah. Tukang kebun tak label jadi tertanya-tanya bawang hippeastrum yang ditanam sini akhirnya kembang beri jawapan. Jenis hippeastrum ini bunganya besar berbanding dengan yang jenis lagi satu kembang bulan ini juga.
Ketika pucuk bunganya baru hendak timbul.
Hari Raya Ke-Lima barulah sempat Kebun Bahagia Bersama Team Members mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan.
Kami sekeluarga tahun ini dari hari raya pertama hingga ke-tiga beraya di Kuala Terengganu setelah 4 tahun beraya di perantauan. Tukang kebun dalam 10 tahun ini, baru ada 3 kali berpeluang beraya di tanahair. Gara-gara lupa pantang makan bila dah lama tak merasai juadah hari raya, malam raya pertama sampai pagi raya kedua, tukang kebun terpaksa berulang-alik ke tandas muntah-muntah macam badan berisi dua (masa mengandung pun tak begini). Gastrik datang balik, siapa suruh sedap je makan benda berpulut seperti lemang dan nasi dagang beras pulut mulalah bila malam datang, angin bergelora dalam perut. Hari Raya Pertama memang badan dah penat sebab malam keesokkan puasa berakhir sebelum bertolak Ilhan Mikhail dan Abbiyana Ariel dah muntah-muntah jadi parents-nya tak cukup tidur. Hari Raya Kedua parents dah knockout flat huhuhu....mual-mual. Kalau tukang kebun datang beraya, tak jamah makanan mengandungi pulut minta maaf banyak-banyak, suka tapi tak boleh masuk perut. Syukur Alhamdulillah puasa tahun ni ada hampir 3 minggu, 6 years old Ilhan Mikhail puasa penuh sebab kesiankan mama puasa bersendirian sebab papa outstation.
selamat hari raya juga pada Diana dan keluarga.. maaf zahir batin... take care ya!!!... btw K Mar book bawang red flash ni tau bila dah open for sale nanti he he!
BalasPadamWah cepatnya Kak Mar buat booking... Mesti Kak Mar dah planning next year raya ada bunga ni kembang kat laman, betul tak? Tahun nih Sean belum lagi merasa lemang, rendang Raya sebab takde jemputan serta badan tak berapa sihat (pressure naik kot). Kalau tak, I dah gerenti kembung perut makan lemang. Tu pun selalu buat round (pasang muka tebal)rumah kawan/open house all in one day 3 - 5 rumah.
BalasPadamSalam aidilfitri Diana sekeluarga!
BalasPadamKesiannya, gara2 makan jamuan raya ya! Mak Aji memang pantang makan tapai pulut dengan air oren. Kalau langgar pantang memanglah bertamu di tandas!
Harap dah semakin baik ya!
hiya Diana,
BalasPadamwishing you & yr family selamat hari raya. I am happy tht u r back ! BTW, can i order a pink trumpet cutting from you ..? The seeds x germinate.
Choi Min
PJ
Salam aidilfitri utk team tukang kebun KBB!minggu pertama raya memang kena hati2 makan esp. banyak menu berasaskan pulut & berempah.klu x muntah2,risau kena CB pula,hehe.hrpnya dah sht semua.baby Abby dpt bnyk duit raya x beraya ngan to'ki?klu dtg JB aunti tambah lg ;-)
BalasPadamKak Mar ~ Selamat Hari Raya kepada Kak Mar seisi keluarga juga serta Maaf Zahir Batin. InsyaAllah kalau ada rezeki bawangnya membiak dengan majunya.
BalasPadamSean ~ Stress ke? Pressure naik. Hopefully nanti bila semua dah balik kampung kembali ke bandar ada jemputan-jemputan Open House Raya untuk Sean. Take Care.
Ummu Madihah ~
Salam Aidilfitri untuk Mak Aji seisi keluarga juga.
Nasib tapai pulut tak diusik masa beraya di rumah Tok Chik kalau tak lagi banyak trip ke tandas.
Choi Min~ Thank you for the wish. Wah Thank You for missing us as well was very busy these last 2 weeks. You mean the garlic vine? Wrote the name as pink trumpet but actually garlic vine. Will email nanti.
Narshifa ~ Salam Aidilfitri. Satu rumah di Terengganu lepas kami balik pun mengalami nasib yang sama, jadi tak pasti mungkin virus pun ada juga kut. Syukur alhamdulillah kami di KBB semua dah sihat belaka.