Halaman

Khamis, 12 September 2013

Anak Pokok Kari


 Pokok kari adalah salah satu pokok yang semestinya ada untuk garden concept kitchen garden atau herb garden di Malaysia. Semasa tukang kebun merantau di Australia, terkejut juga ramai orang Caucasian yang sukakan masakan India atau Malaysia/Indonesia yang menanam pokok kari sendiri di backyard mereka yang boleh menyimpan haba supaya pokok kari mereka boleh survive dalam cuaca sejuk yang kena berhati-hati dengan kedatangan 'frost'. Kadangkala lawatan ke rumah gardeners-gardeners Caucasian yang suka buat kari sendiri, tukang kebun terkejut tengok begitu besar pokok kari mereka ada yang lebih 2 meter tingginya. Kebanyakkan pokok kari mereka ditanam melalui biji benih kerana lebih mudah adapt dengan pelbagai cuaca semasa pertumbuhannya serta pokok adalah lebih kuat tahan goyangan angin sejuk yang kuat kerap kali melanda semasa musim sejuk. Pertama kali tukang kebun rasa buah kari pun di Australia. 
 Sebelum bulan Ramadhan semasa kami menebas salah satu kawasan di belakang dan tukang kebun tengah nak tanam rizom lempoyang pemberian Eila Sepang tiba- tiba satu sudut nampak anak-anak pokok macam daun kari. Eh tapi mana pokok karinya? Rupa-rupanya pokok kari tu tinggi dan dikelilingi oleh pokok-pokok pisang patutlah tak perasan. Sebab biasanya daun kari ambil yang paling dekat je dari rumah tak sedar pula dekat nun jauh di belakang sana pun ada dan yang paling hidup bahagia sihat walfiat. Sangat bahagia pula tengok pokok kari tu hidup bersama pokok-pokok pisang.


~ Pokok Kari (tumbuh dari biji benih) ~

1 pot pokok kari RM5.00.

Boleh campur 3 pokok (RM10.00) , dengan

~ Sayur Manis  (asin-asin)

atau

~ Sayur Raja

Tiada penambahan kos penghantaran jika ada pesanan biji-biji benih atau bulb bunga.

17 ulasan:

  1. Boleh tukang kebun prepare untuk Kak Mar.

    BalasPadam
  2. saya nak sepokok.. mcmana nak wat payment? dah byk kali tanam d rumah tapi x mnjadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Bahagia.

      Payment samaada melalui bank RHB, Maybankatau CIMB. Boleh membuat pesanan melalui kebunkmg@gmail.com

      Padam
  3. brapa kos penghantaran pi sbh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Emily,
      Pokok kari penghantaran ke Sabah kami tidak boleh menghantar bersama tanah. Kecuali tanaman yang bare-rooted atau keratan kami boleh hantar.

      Padam
  4. dear Hamdan
    kalau hantar pi Limbang,Sarawak bagaimana? adakah sama dgn pi Sabah ? Saya teringin sangat nak beli pokok kari. Saya harap ada kaedah untuk memperolehinya..

    BalasPadam
  5. saya dari Limbang, Sarawak. saya teringin nak membeli pokok kari. tolong beri nombor telefon untuk saya hubungi

    BalasPadam
  6. Mcm mana sy nak ctc ye? Dan pembayaran.. bleh bg details?

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Muhammad Azri.

    Boleh contact kami melalui email (kebunkmg@gmail.com).
    Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB dan Maybank.
    Further details contact us via email above.

    BalasPadam
  8. saya nak order dua...mcm mana? shipping ke Kelantan...

    BalasPadam
  9. Kucengumuk,

    Ada stocknya.
    Bolehlah buat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) untuk butiran selanjutnya.

    BalasPadam
  10. Boleh kol no sy ni.. Saya nk buat order 1000 pokok

    BalasPadam
  11. Salam kak, macamana nak order?
    penghantaran macam mana

    BalasPadam
  12. Kalau order besar kena beritahu awal-awal.

    Salam Bahagia Norhidayu.

    Boleh hantar pesanan dan cerita panjang email (kebunkmg@gmail.com).

    Atau boleh isi borang maklumat hubungan dalam laman ini.

    Boleh hantar Pos Laju atau self-collect.

    BalasPadam