Halaman

Khamis, 26 September 2013

Fairy Iris

 Peti ais kami di rumah dah mula nazak, freezer dah menjadi fridge biasa. Dalam 2 bulan ini dah 2 kali compressor diganti tapi masih juga tak dapat berfungsi dengan baik. Bila mengemas peti ais keluarkan semua barang keluar dari peti fridge barulah terjumpa Fairy Iris seeds yang telah duduk bertapa di dalamnya beberapa bulan. Fairy Iris (Dietes grandiflora) berasal dari benua Afrika di bahagian selatan. Pokok bunganya sungguh drought-tolerent. Jiran lama tukang kebun tak pernah siram pokok ni tapi masih bertahan pokoknya walaupun dikelilingi rumput-rumput tinggi yang dah mula mengering. 
 Biji-biji benihnya pun tak disangka ada yang bercambah di celah-celah batu driveway rumah sewa lama tukang kebun dari letupan seed pod Fairy Iris tukang kebun. Minggu lepas sempena kick off series bunga berwarna putih, secara random ada tukang kebun selitkan Fairy Iris seeds bila teringat untuk pesanan bunga-bunga berwarna putih untuk minggu lepas sehingga stok benihnya telah habis. Kalau ada yang tak terima tukang kebun minta maaf sebab terlupa bukan sengaja. Elakkan semai bijinya pada musim kemarau. Semai semasa musim hujan lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan