Selepas balik ke kebun awal beraya lepas, terkejut tengok beberapa pokok kailan yang besar daunnya jadi berkilat-kilat glossy pula, entahlah tak tahu puncanya. Macam kereta pula lepas waxing berkilat-kilat. Cuaca yang panas? Dah lama tak hujan dan tak disiram? Defense mechanism jerebu? Nak kata dah tua pun tidak sebab bila tukang kebun tuai batangnya masih lembut tak berserat lagi, mudah patah lagi kalau tak pakai gunting pun. Kailan pun beraya kut dalam kebun.
Syukur Alhamdulillah tuai potong 2 batang kailan pun dah lebih mencukupi untuk makan malam kami berlima sekeluarga. Semasa tukang kebun tuai dah lewat senja kelam kabut dengan bersilat dengan serangan nyamuk-nyamuk. Tanpa berfikir panjang tukang kebun gunting je pokok-pokok kailan yang tertinggal hanyalah 1~3 helai daun tua di bawah.
Setelah beberapa minggu dilupakan dan bila tukang kebun bersihkan weeds yang dah tinggi-tinggi nak pindahkan anak-anak pokok dan tabur biji benih minggu lepas baru perasan semula dah tumbuh pucuk-pucuk baru yang boleh dituai batch seterusnya. Kaedah tuaian macam ini 'Cut and Come Again' boleh dipraktik juga untuk kailan. Tidak perlu cabut semua. Bolehlah tuai style gini beberapa kali selagi tak jadi macam kayu batangnya.
Semasa alih-alihkan daun kering yang luruh dari pokok jambu air, baru tukang kebun perasan ada beberapa pokok-pokok kailan yang batangnya ditutupi tanah tumbuh seakan-akan anak-anak pokok kailan tumbuh berasingan. Naik macam cendawan pula.
Nota Tukang Kebun: Semaian kailan bulan Mei? June? tiada diserang oleh ulat walaupun dibiarkan begitu sahaja di petak No. 4.
Yang saya tanam selalu glossy, especially yang terdedah. Sampai sekarang ada lagi from first time planting. Potong dan makan, betul-betul berbaloi tanam ur kai lan. Started my mum with the kai lan as well.
BalasPadamLama juga tu still ada at your balcony Sean since tanam. Masa kat Adelaide the leaves never been glossy as this. Hope your mum likes it :)
Padam