Halaman

Ahad, 15 September 2013

Magnolia COCO

 Cuma ada beberapa jenis pokok tergolong dalam genus Magnolia yang boleh hidup bahagia di kawasan tropika dan antaranya ialah pokok magnolia COCO. Bunga Magnolia adalah wangi terutamanya pada awal pagi. Bolehlah letak pokoknya berdekatan di tingkap bilik tidur. Bangun pagi-pagi disambut 'Good Morning' dengan bau wangi semulajadi. Lebih wangi dari brand perfume COCO Chanel agaknya hehehe...Walaupun bunganya hanya kembang sehari tetapi pokoknya tidak lokek tapi berterusan menghasilkan bunga. 
 Magnolia Coco juga dikenali sebagai Coconut Magnolia kerana bentuk putiknya dikatakan seperti kelapa muda/baby. Manakala, di tanahair kita dikenali sebagai bunga Cempaka Telur. Menarik kalau dibandingkan imej negara lain-lain. Mungkin kelapa tu bagi kita besar sangat nak panggil bunga ini, disebabkan itu banyak perbandingan saiz budaya kita panggil telur kut (pandai-pandai je tukang kebun ya). Mari kita lihat perkembangan bunganya dalam sehari untuk mekar dari putik hinggalah full bloom.
 Rasanya ada yang perasaan tukang kebun dah mula ada tab page 'BUNGA WARNA MERAH'. Minggu depan jika ada masa mula kemas kini tab page series 'BUNGA WARNA PUTIH' pula. 
 Anggaran saiz bunga magnolia COCO.
 Pokok Magnolia COCO sesuai ditanam dalam pasu sebab pertumbuhannya sangat-sangatlah perlahan. Pokok yang memang veteran dalam kebun kami ini anggaran tingginya sekarang 2meter dah berbelas tahun duduk bawah pokok manggis. Pokok manggis pun dah berbuah-buah sekarang seperti dalam gambar (huhuhu next month pesta manggis ka?). Kenapa duduk berteduh bawah pokok manggis? Pokok Magnolia COCO ni tak suka matahari terik, puteri lilin jadi ditanam di kawasan yang partial shade atau menerima filtered light. Jadi kalau ada balcony garden tak menerima banyak cahaya pun boleh cuba  sebab Magnolia COCO boleh tanam dalam pasu dan pertumbuhannya macam siput kalau banding pokok lain. Sasha kata gambar bunga ada nampak dreamy effect hehehe...natural light from background yang curi-curi masuk no editing required ;) .

~ Pokok Magnolia COCO ~
1 bekas RM10.00

13 ulasan:

  1. Diana, nak sepokok. I've been looking for this plant after reading about it some time ago.

    BalasPadam
  2. Aida, Sali dan May bila ready tukang kebun inform ya.

    BalasPadam
  3. Cik Diana, ade lagi tak tumbuhan magnolia coco dan night blooming jasmine? I nak tempah, tq

    BalasPadam
  4. Dear Juliet.

    We don't have ready available stock at the moment.
    But if you don't mind the wait to be in the waiting list, we can reserve for you.

    BalasPadam
  5. DO you hv this in stock?

    suretrade@ymail.com

    BalasPadam
  6. Ada ready stock magnolia tak. Kalau ada hubungi 0162103357

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Mazatul Aishah.

    At the moment kami tiada magnolia stock.

    BalasPadam
  8. kami panggil cempaka telur. kan?

    BalasPadam
  9. Ya Sexy ini juga dipanggil cempaka telur.

    BalasPadam