Dari hujung minggu lepas ke minggu ini, tiap-tiap hari makan petai. Minggu lepas mama papa tukang kebun balik rumah dan kebetulan pula banyak buah petai dah lama memanggil-manggil suruh petik. Jadi beloved husband pun makin efficient dan confident panjat pokok petai (kali ni tak minta teman pula). Ada jugalah sekurang-kurangnya penuh 2 kereta sorong beloved husband dapat tuai petai. Hujung minggu lepas anak-anak dara dalam rumah ni kena pakatlah menolong kopek buah petai nak ambil bijinya untuk persediaan bahagian makan dan bahagian yang papa kena bawa balik Sabah. Ada kut worth RM100 dah selamat tukang kebun hadam petai sorang-sorang. Rasa badan segar minggu ini walaupun kurang beauty sleep kesan makan petai banyak kut macam makan kacang tanah hehehe....
Nenek Ilhan Mikhail kebiasaannya sebelum balik ke Sabah akan masak sambal ikan bilis untuk cucu sulungnya. Tapi kali ini sebab petai banyak sangat kut dalam sambal tu dari nampak ikan bilis, cucunya berdolak dalih tak mau. Ilhan fussy sikit kalau makanan ada bau-bau ni, durian pun tak mau. Minggu ketiga bulan ni mama dan papa balik rumah Sungai Buloh lagi, beloved husband pun kata ada satu batch lagi mungkin ready molek bila mereka balik ke sini. Syukur Alhamdulillah menurut hubby nampak banyak bunga-bunga petai juga sedang baru sahaja keluarkan buah jadi adalah peluang rezeki nak tuai buahnya batch by batch.
Salam Diana,
BalasPadamKenduri petai ya! Banyaknya Diana makan, suka benar ya petai! Ini baru betul rezeki! Alhamdulillah.
Salam Mak Aji.
PadamMasa kecik tak minat sangat petai.
Tapi sekarang dah suka :) .
Wahhh, mewahnya sambal petai ikan bilis. Minum banyak air lepas makan petai, barulah boleh 'buang' semua yang tak baik.
BalasPadamDah tanam ke all your Lycoris bulbs? All the Lycoris that I got from you have decided to put out flower stalk. I can only imagine how lovely the flower display that you will get from mass planting of all the Lycoris.
Sean jangan lupa tayang bunganya ya
PadamMinggu melantak petai tak de masalah sembelit buang banyak toxic keluar dari badan kut. Tengah fikir spot mana lagi nak tanam bulb lycoris.
PadamK Mar dah lama pencen makan petai sebab gastrik dan migrain menjadi2... malam tadi dah langgar pantang .. kedai makan tu murah hati letak byk petai dalam sambal sotong En Din order... tak boleh jadi tengok je...hantu petai betul!!! lepas ni kalau merana tanggung sendiri..
BalasPadamMemang susah nak tahan diri kalau benda yang suka tu di depan mata kan Kak Mar. Diana pun kalau nampak ada sambal sotong plus petai tak boleh nak tahan diri.
Padamsedapnya petai...baru minggu lepas mkn ikan bakar petai di tanjung lumpo, kuantan...sedapnya laaa tp skrg x leh mkn selalu, nurse bising lak...hihi
BalasPadamSabar dulu Gina untuk beberapa bulan lagi :). Wah syoknya ikan bakar petai.
Padam