Halaman

Rabu, 18 September 2013

'Raatraani' Night Blooming Jasmine

 Bagi penggemar bunga-bunga yang berbau harum, bunga night blooming jasmine (Cestrum nocturnum) adalah salah satu bunga yang boleh dibuat koleksi di taman. Bunga ini semerbak pada waktu malam, jadi elok ditanam berdekatan kawasan yang kebiasaannya beristirehat pada waktu malam. Siang pun ada bau tapi tak semerbak seperti waktu malam. Bila tengok dari sudut bawah seperti bintang-bintang dari langit.
 Pokok bunga night blooming jasmine pada tahun 2013 di Kebun Bahagia Bersama mula berbunga bulan Julai tahun ini sehinggalah bulan ini masih banyak menghasilkan bunga-bunga. Dah banyak kali tanya big boss apa pokok yang tepi sudut tempat adik lelaki selalu lepak malam-malam dekat verandah rumah. Big boss kata dia tak ingat tapi bunganya malam-malam wangi. Pokoknya adalah jenis bushy. Boleh trim pokoknya sesuka hati nak bentuk bulat ke bila dah mula bushy. Lepas habis musim bunganya bagi hard pruning pun tidak mengapa nanti naik tumbuh kembali. Bila tanam pokoknya pastikan siram selalu sehingga ianya dah sesuaikan diri. 
~ Night Blooming Jasmine ~

1 bekas RM10.00


18 ulasan:

  1. bagaimana cara pembiakan bunga jasmin ni? melalui keratan batangkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok jenis ini boleh tanam melalui benih atau keratan batang Julie.

      Padam
  2. Balasan
    1. This is actually not a true jasmine plant Sali. But a relative to the solanacea or nightshade family which includes eggplant. I think it has its own distinct fragrance. Kalau suka perfume maybe can distinguished.

      Padam
  3. pn Julie, pembiakan melalui keratan batang selalaunya berjaya...

    KBB simpankan utk saya yer... pokok ni dah jumpa dan ambik kat masjid sg pelek tapi dah sampai ajal le pulak...

    lps ni nk tanam ltk kat sblh bilik air...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok tu tanam berdekatan bilik air.
      Err...tapi nama takde tukang kebun tak dapat nak tulis reservation ;) .

      Padam
  4. Bunga2 wangi di halaman rumah terasa macam ada di SPA. Tenang ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata JunAina memang terasa seperti di spa. Sebenarnya dekat sebelah pokok kami ni ada kerusi panjang boleh baring sambil kena massage hehehe...

      Padam
  5. nak yg ni jgk satu Diana.....tq..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bila batch baru keluar Diana simpankan untuk Lynna ya.

      Padam
  6. Ade lagi ke bunga ni..nk beli please

    BalasPadam
  7. Salam Bahagia Adlin.

    Baru habislah pula.

    InsyaAllah ada rezeki lepas raya kut.
    Sekarang cuaca panas.

    BalasPadam
  8. Saya ingin beli pokok raatrani ini.. boleh dapat maklumat?
    0123245333

    BalasPadam
  9. Salam Bahagia.

    Pokok raatrani sekarang kami tiada stock.

    BalasPadam
  10. Salam Bahagia Sis Liza,

    Pokok raatrani kami tiada stock sekarang.

    BalasPadam
  11. Adakah anda lagi jual pokok raatrani lagi?

    BalasPadam