Halaman

Rabu, 25 September 2013

Radish Heirloom Mixed Kak Azira

 Terima Kasih kepada Kak Azira di Sepang kerana sudi berkongsi gambar hasil semaian Radish Heirloom Mixed. Kak Azira bela arnab yang membantu menyuburkan tanah di kebun kak Azira.  Dalam gambar di atas yang cute merah akar radish kebarangkalian radish cherry belle ataupun radish Crimson Giant. Di belakang tu ada nampak akar radish putih membentuk sukar untuk diagak ketika ini tapi mungkin French breakfast, white icicle ataupun daikon.
 Kak Azira bertanyakan radish putih apa yang tumbuh besar mendadak di gambar ni? Kemungkinan besar Radish Daikon bolehlah buat kek lobak nanti.
 Mula-mula tukang kebun tak perasan yang ada radish seakan radish heirloom round black spanish (anak panah biru) di background gambar kiriman Kak Azira.  Boleh tuai dah tu Kak Azira, radish warna hitam selalunya lebih pedas dari radish-radish lain kalau dibiarkan lama. Wah macam-macam jenis radish heirloom ada di kebun Kak Azira sekarang. Bolehlah nanti buat perbandingan rasa jenis heirloom radish yang berlainan.

Thank you for sharing Kak Azira.

8 ulasan:

  1. Wah! meriahnya..hihi
    Diana, bila agaknya daikon ni boleh di tuai?
    Kalau cherry belle dan crimson giant tu sekejap je kan..tak sampai sebulan pun dah boleh tuai.. yg hitam tu black spanish ye, tapi tak berapa besar kan? Esok kita tuai ye..
    Azira

    BalasPadam
  2. Deak Kak Azira.

    Daikon bila-bila boleh harvest,size does not matter kalau radish jangan dah tua sudah.

    BalasPadam
  3. Memang best la Diana, dapat rasa pelbagai jenis radish..lepas ni beetroot pulak.

    BalasPadam
  4. Daun Radish pun boleh makan Kak Azira.
    Tapi elok daun yang muda.

    BalasPadam
  5. Tak sempat nak makan lah Diana, dah jadi habuan kak nab kat belakang rumah tu.. berebut-rebut, sedap gamaknya.. Lain kali boleh kot nk try daun radish ni.

    BalasPadam
  6. Tak pe Kak Azira, radish tumbuh cepat je boleh merasa after semai :) . Sedap kut sebab tanam sendiri tu kak nab berebut-rebut, segar lagi tu.

    BalasPadam
  7. Salam Kak diana,
    Sambil dok teman anak kena tahan kat wad sbb asthma, sy saja buka blog kakdiana, nak tau pasal carrot, beetroot sume..akhirnya..tjumpa special entry Kak Diana utk sil saya...hihi..kalau dok tmn seroja tu mmg dia la..hihi..skrg Dah kenal la kakdiana..
    -nyza SG petani

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Nyza.

    Oh Kak Azira ya Sister-in-law Nyza.
    Lama tak dengar khabar, nanti kirim salam ya.
    Moga anak Nyza cepat pulih.
    Abby pun bunyi macam lelah kalau pergi klinik memang kena nebulizer.Jadi tengah pantau dan bersabar tengok Abby outgrow ke tidak untuk immune system dia.
    Musim-musim panas ni memang nak kena berjaga kan.

    BalasPadam