Halaman

Ahad, 20 Oktober 2013

Fresh Angle Luffa Seeds

 Biji-biji benih petola segi yang disemai terus ke tanah pada pertengahan bulan Mei lalu telah banyak memberikan buah-buah petola kepada kami sehinggakan pada musim Raya Aidilfitri lalu banyak dapat kami jadikan sebagai hadiah hamper hari raya untuk saudara mara. Setelah biji benihnya disemai tidak sampai 2 bulan sudah dihasilkan buah-buah untuk stok sayuran segar dari kebun. Ketika peti ais asyik rosak, buah-buah petola segi segar adalah antara penyelamat utama dibuat lauk untuk kami sekeluarga. Tidak pernah langsung diberi makan dan minum semasa pertumbuhannya, tapi galak sungguh ia berbuah. Memadai dengan persiapan tanah digemburkan dengan tahi kambing sebelum benih disemai, kemudian nasibnya bergantung sepenuhnya dengan rezeki air hujan, almost maintenance free. Biji-biji benih yang disemai sudah beberapa generasi benih yang dituai sendiri oleh tukang kebun di Adelaide dahulu, tak disangka betapa seronoknya benih tersebut mendapat perubahan cuaca di Sungai Buloh. Kebetulan pula semasa rancak berbuah musim panas berjerebu di Sungai Buloh (Jun~Julai) . Nenek moyang biji benih yang dituai dahulu kerap terdedah dengan heat wave, panas dan kering serta malam yang lebih sejuk dari mana-mana Tanah Tinggi di Semenanjung ni. Salah satu hikmah mengumpul biji benih dari kebun sendiri dan bukan dari 'greenhouse', dari satu generasi ke satu generasi biji benih tersebut akan imprint dalamnya keadaan cuaca yang sudah adapt perlahan-lahan.
 Sebenarnya ada satu sifat yang tukang kebun selalu hairan dan tertanya-tanya dengan timing rancak kembang bunga petola segi dari kebun Adelaide hingga ke kebun Sungai Buloh. Dari pemerhatian tukang kebun, bunga-bunga petola segi kebanyakkan lebih mula berkembang banyak di sebelah petang berbanding pagi. Dulu di kebun Adelaide, tukang kebun rasa mungkin cuma perasaan tukang kebun sahaja kut, tapi rupanya sama juga pemerhatian di kebun Sungai Buloh kembangnya lebih kepada sebelah petang. Untuk mereka yang bekerja, di mana pollinators kurang sempatlah nak pollinate petola segi selepas balik kerja kalau sampai rumah sekitar pukul 6 (Gambar di atas diambil waktu senja).
 Petola segi yang ditanam sebenarnya pancangnya dikitar semula dari buloh bendera PRU13 tahun ini. Petola segi tak perlu tunggu besar nak tuai, saiz 20cm pun dah sedap nak tuai. Lama-kelamaan si petola asyik nak menceroboh kawasan hutan rimba roselle sampai tak perasan duduk celah-celah roselle hinggalah masa mengutip buah roselle.

~ Open-Pollinated Organic Angle Luffa Seeds ~
Anggaran 10 biji benih 1 pek (RM1.00)

9 ulasan:

  1. Salam Diana,

    Suburnya petola ni! Terbukti kegunaan buluh bendera PRU tempoh hari, he he!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Mak Aji.
      Berbaloi tunggu pukul 3 pagi mengangkut buloh bendera bawa balik rumah. Adalah stok pancang boleh digunakan.

      Padam
  2. tanam petola nie mmg berbaloikan Diana....segar dari ladang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi tanam petola Kak Haslinda hasil pun cepat dapat tuai.

      Padam