Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Mary Washington Asparagus

 Kelmarin semasa mencabut  pelbagai jenis rumput di raised bed (bekas tangki air) dekat ampaian terserempak dengan 'tombak/spear' asparagus heirloom Mary Washington. Tidak tahan dugaan, tukang kebun tuailah rasmi campur dengan nasi goreng cina. Seronok dapat tuai asparagus walaupun saiznya tak sebesar di benua Eropah tapi dari hasil tangan sendiri di tanah rendah Malaysia teruja untuk menambah bilangan pokok-pokoknya lagi. Tambahan pula nak beli asparagus dari supermarket mahal di Malaysia ini tak akan masuk dalam budget grocery kami. Ada juga nampak biji benih asparagus Mary Washington yang dituai bulan ini sudah bercambah. Lupa bila weeding baru nampak dan teringat, sebab seedling ni memang tukang kebun tak ada tolong siram, naturally biji benih dia bangun with the help of mother nature di bawah canopy pokok durian. Sebagai nota tukang kebun supaya tak tercampur jenis-jenis heirloom dalam kebun. Heirloom asparagus Connover's Colossal yang hampir setengah tahun sudah usianya pokok ditanam dari biji benih berada di petak No. 1 Kebun Bahagia Bersama.

 Stok Heirloom Asparagus minggu ini yang ada ialah:

~ Heirloom Asparagus Mary Washington

~ Heirloom Asparagus Connover's Colossal

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

4 ulasan:

  1. ni yang buat sy teruja gak ni..ni musim hujan sejuk-sejuk..sesuai la kan semai benih asparagus ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Nadia musim hujan ni memang masa sesuai untuk tanam asparagus.

      Padam
  2. saya nak beli satu pek..camne nk buat pembelian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahmah boleh email pesanan di (kebunkmg@gmail.com) untuk penerangan lanjut.

      Padam