Salam Jumaat di pagi mulia ini, bahagianya hati bila melihat bunga water lily berwarna peach yang ditanam minggu terakhir Ramadhan tahun ini kembang berseri-seri minggu ini. Beloved husband kata berbaloi dia bawa balik jauh-jauh dan hampir tersumbat dibuatnya bilik air hotel sampai pukul 2 pagi. Rasanya ole-ole paksaan yang ini paling sukar beloved husband nak melayan permintaan si isteri difikir banyak kali. Nasib baik batch hardy water lily (temperate water lily) yang di bawa balik bulan Ramadhan lalu sudah ada yang kembang, ada peluang lagi, oh my danna yoroshiku onegaishimasuNe. Next hajat besar sikit nak tambah pokok bunga lotus pula wahai beloved husband.
Daun yang terkulai layu tukang kebun trim dan tinggalkan pucuk-pucuk yang baru di tuber-nya sebelum ditanam. Batch kali ini tukang kebun pakai pasu setengah saiz lebih kecil dari pasu yang ditanam hardy lily batch pertama dulu. Pasu yang dipakai semua adalah pasu lama yang tidak dipakai lagi dan lubangnya sudah ditutupi dengan simen. Memandangkan ada pasu-pasu yang bertindan lagi dalam semak tepi pagar tu, adalah alasan nak tambah koleksi lagi.
Bila nampak kudup bunganya, hati ini berasa berdebar-debar dan menghitung hari bilalah ready nak kembang. Pada awal pagi mulalah bunganya mula nak buka, dan tahulah akhirnya warna bunga water lily yang berada di pasu ini.
Bila matahari mula naik menegak, kembangan bunga water lily pun mengikut rentaknya.
Momo Waterlily in full bloom di bawah pokok kemboja Bali!
Bila dah nak senja, bunganya mula nak masuk beradu, beginilah kitarannya lebih kurang 3 hari.
Nelayan di kawasan air tawar yang mencari rezeki di tasik yang adanya water lily sebegini pasti tidak memerlukan jam, cukup sahaja melihat stage kembang bunga water lily sudah boleh agak waktunya berada ketika itu. Pokok hardy water lily bunganya sangat peka akan perubahan kedudukan matahari pada waktu siang hari.
Cantik nyer
BalasPadamTukang kebun pun terpegun dengan kecantikkannya Nadia.
PadamCantiknya water lily ni....saya igtkan lotus....rupanya bukan..:)
BalasPadamTukang kebun mengidam lotus putih pula ni Lynna. Gambar terakhir tu nampak macam lotus agaknya.
Padamwaaa cantiknye.....tenang hati tgk bunga lily
BalasPadamMemang tenang hati tengok.waterlily YUS.
PadamWah, so pretty! You are very good with water lilies.
BalasPadamJust lucky lah Sean. Lucky they don't require any special care.
Padamtak terkata
BalasPadamTukang kebun tersenyum saja MUNA.
PadamTK guna tanah ape tanam waterlily nie? subur je....
BalasPadamtk guna tanah ape ek tanam water plant nie? lotus ker water lilly ker, coz my plant tak besar2 still stage floating leaf jer (lotus) sedangkan dah setngh thun tanam ptut ade emergent leaf..=(
BalasPadamTak de tanah special Samarinda. Tukang kebun gali ambik tanah kat kawasan bakar di kebun campur dengan tahi kambing je. Lotus yang TK tanam pakai fresh seeds di rumah about 3months dah banyak daun dan keluar menegak. Waterlily dan lotus suka jenis boggy tanahnya benda mereput. Yang kedai punya multipurpose soil tak berapa sesuai ada tukang kebun cuba.
BalasPadam