Glamour betul kacang botor/kelisa dekat negara barat dipanggil kacang yang bersayap. Bila baca review orang barat kata rasa macam asparagus. Kalau di negara kita kebiasaannya adalah 'fresh salad' dressing dengan budu atau sambal belacan atau style kerabu. Tak sangka pula mama Si Ilhan yang anaknya gemar makan kacang botor. Bila Ilhan tahu ada kacang botor segar dalam dapur, dipesan kepada mamanya masak untuk dia kacang botor goreng kicap dengan ikan bilis. Mama Ilhan mestilah delighted, so simple and nutritious tak payah nak fikir menu complicated yang lain.
Asal biji benih kacang botor yang tukang kebun semai kali ni sebenarnya tersimpan dalam uniform turun kebun yang disangkut belakang pintu dapur setelah habis duty lalu big boss campakkan dalam mesin basuh sebelum check ada biji-biji benih dalam poket baju. Bila nak sidai baju tukang kebun terkejut tengok biji-biji benih kacang botor basah dan warm tercuci dalam mesin basuh. Apa lagi terus disemai biji-biji benih kacang botor tu di kebun. Yang menariknya nampak macam semua biji-biji benih tersebut bercambah dengan elok setelah kena 'cuci' dalam mesin basuh lebih kurang sejam dan telah pun memberikan hasil.
~ Biji benih Segar Organik Open-Pollinated Kacang Botor ~
1 pek anggaran 12 biji benih RM1.00
hihihi bercambah jugak even kena cuci yer...kacang ni kalau taruk dlm nasi goreng pun best..:D
BalasPadamBetul tu Nadia sedap juga campur dalam nasi goreng ranggup krup krap...hehehe...
PadamSalam Diana,
BalasPadamKalau nak pastikan bercambah, basuhkan dulu benih dalam mesin basuh macam yang Diana buat, he he!
Salam Mak Aji.
PadamBiji benih kacang buncis boleh juga gini sebab termasuk sekali hehehe...bubuh dalam plastik ziplock pastu masuk dalam mesin basuh. Air akan termasuk sikit dalam plastik lepas habis dicuci. Terus semai.
ulam kegemaran.. selain tu sedap juda ditumies bersama ikan bilis.. hmm.. jenis yg leper2 lg sedap..
BalasPadamFlora Cinta Mu ~ Tanam pun senang tak perlu jaga, hujan-hujan ni sukalah pokoknya jadi rajin berbunga dan berbuah.
BalasPadamNak juga yang nie..TQ.
BalasPadamBoleh Kak Aslah.
BalasPadam