Halaman

Jumaat, 8 November 2013

FireCracker (Russelia equisetiformis)

 Pokok bunga firecracker ini bila berbunga, gugusan bunganya seperti mercun merah tradisi bangsa Cina letupkan pada musim Tahun Baru Cina. Tapi tak meletup-letup macam mercun, cuma biji benihnya sahaja yang letup-letup kadangkala menghasilkan anak-anak pokok. Ianya juga dikenali sebagai fountain plant kerana pokoknya yang merimbun apabila berbunga macam air pancut di taman-taman awam. Boleh juga ditanam di dalam hanging basket ataupun di tepi-tepi kolam nampak menarik. Bila habis musim bunganya boleh sahaja buat hard pruning. Pokok bunga firecracker sukakan posisi yang mempunyai cahaya matahari yang banyak. Bila pokoknya sudah dewasa (well-established) ianya adalah drought-hardy plant. Ekstrak Methanol dari pokok ini dapat merangsangkan pertumbuhan rambut dari kajian ke atas tikus yang telah dijalankan. Pokok ini juga adalah pokok yang sedang giat dikaji untuk leukimia, diabetes dan anti-inflammotary.

~ Pokok Firecracker (Fountain plant/Coral Bush) ~

1 pot RM7.

13 ulasan:

  1. Wah, cantik dan rimbun sungguh firecracker plant u! Meletop!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini pokok dah lama meletop-letop kat sini always surrounding the japanese bonsai mangosteen on the centre Sean.

      Padam
  2. cantiknya bunga ni.. memang macam mercun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mercun yang selamat dan menghiasi laman rumah Mama Leen.

      Padam
  3. Balasan
    1. Yang ni boleh letak dekat hot spot in the garden Awin bawah pokok kemboja.warna kontra dengan both bungakan :p .

      Padam
  4. Where can I buy this plant please? For sentimental reasons - my grand parents had one in front of their room in our kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. We can deliver it to you by pos Can email us for details at (kebunkmg@gmail.com) .

      Padam
  5. Cantik kalau buat bunga gantung...
    Diana.. saya ada email diana utk beli benih bunga. Nnti diana reply ya. T.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Ayu. Benih bunganya yang dinantikan sudah ada kembali nanti saya email ya.

      Padam
  6. Mangosteen bonsai? Cool! Hampir tak nampak mangosteen tu diselubungi mercun merah meletop!

    BalasPadam
  7. Saya nk beli benih pokok ini..blh poskn

    BalasPadam
  8. Salam Bahagia Sean.

    Memang Mangosteen bonsai. Masa my mother dulu beli orang nursery panggil Manggis jepun bonsai. Dah belasan tahun tinggi masih kurang 2 meter. Tapi sekarang penuh bunga satu pokok bulan ni.

    Salam Bahagia.

    Pokok firecracker boleh dipos.
    Further details email ke (kebunkmg@gmail.com).

    BalasPadam