Halaman

Ahad, 8 Disember 2013

Harum Sundal Malam and my Work Bench

 Tukang kebun punya tempat kerja di sudut sebelah, depan dan belakang dipenuhi bunga macam kedai florist pula dari petang semalam. Cantik tak fresh flower arrangement di gambar atas terdiri dari bunga harum sundal malam, orkid, mawar dan kekwa. Ini ole-ole tukang kebun bawa balik dari akad nikah dan kenduri kahwin first cousin tukang kebun semalam di Kelab Shah Alam. Masa mula-mula sampai tukang kebun memang dah terpegun nampak banyaknya batang bunga harum sundal malam yang segar menyambut tetamu dan juga di atas pentas mempelai. Syukur Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, moga pasangan pengantin baru bahagia hingga pulang kepadaNYA.
  Masa mengemas-ngemas setelah majlis selesai, tukang kebun dengan muka tak malunya tanya sponsor wedding pengantin perempuan (Mak Lang & Pak Lang) pasal arrangement fresh flowers boleh ke nak ambik hehehe...sebab dalam firasat tukang kebun, wedding planner takkan re-used sebab all are fresh flowers. Pak Lang pun terfikir kejap, of course should be fine I already paid for it...huhuhu...apalagi bersuka ria tukang kebun ambil yang berkenan di hati. Pengantin perempuan punya bouquet flower pun sangat menarik, simple yet elegant, jambangan fresh pink peonies...very unique.
 Salah satu arrangement flowers di atas meja makan pengantin.
 Yang di sebelah gambar kiri, jambangan bunga di meja tetamu, antara koleksi flower arrangement yang tukang kebun bawa pulang semalam.
 Semalam dah penat sangat, jadi tumpang dalam baldi sekejap, tangkai-tangkai bunga harum sundal malam dan bunga ros. Wah pertama kali banyak begini tangkai-tangkai harum sundal malam duduk dalam rumah, terasa diri di awang-awangan hehehe... Hari ini pun penat juga seharian memotong rumput sebab tak hujan, sampai dah senja masuk rumah pun tak nampak longkang, termasuklah kaki dalam longkang...aduh...nasib terhentak je tak terseliuh. Malam ni sambil susun barang penghantaran esok bersama wangian harum sundal malam. Tukang kebun sebenarnya tak perasan yang Datin Paduka Shuhaimi Baba ada semalam datang dengan rombongan pihak lelaki, bila dalam kereta baru mama kasi tahu. Oh adakah disebabkan itu banyak pokok harum sundal malam???

Kalaulah kita berjiran Kak Mar, teringin nak kongsikan.

9 ulasan:

  1. Uiskhhhh kerja keras sampai terpeleot dalam longkang.... Letak minyak diana... Takut masuk angin kaki tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah buat kerja Ima, susah nak berhenti lebih lagi ada peluang masa panjang sikit hujung minggu dan tak hujan lebat. Bila terpeleot minyak entah pergi mana...huhuhu...

      Padam
  2. wah Diana..cantik2 bunga2 tu ..kalau akak pun mmg teruja bila tengok bunga2 tu.....

    BalasPadam
  3. Diana akak nak tanye bunga peonies boleh ke hidup di tempat kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga peonies dekat lowland jadi perlu banyak loving tender care lebih lagi mereka perlukan masa yang sejuk untuk menghasilkan putik bunga. Tak pasti jika ada sudah spesies yang boleh hidup di tropika.

      Padam
  4. Geramnyaaaaaa tgk bunga2 tuh.....bila la agaknya dpt petik bunga byk2 mcm ni from kebun sendiri....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marigold Lynna pun dah makin banyak berbunga boleh petik-petik.

      Padam
  5. bestnyer kalau dikelilingi bunga gni...segar jer rasa

    BalasPadam