Halaman

Isnin, 16 Disember 2013

Heirloom Merry-Go-Round Fuji Morning Glory

 Good Morning, Setiap pagi tukang kebun sangat bahagia melihat kembangan bunga morning glory dari Jepun yang klasik ini. Memang jenis bunga morning glory ni menjadi kesukaan warga negara matahari terbit. Bila melihatnya seakan terubat rindu nak duduk di negara Jepun lagi. Pada musim panas corak pakaian yukata mesti ada yang memakai motif bunga seri pagi Fuji ini, seronok memakai yukata sambil melihat fireworks meletup-letup pelbagai corak di udara. Tukang kebun mesti nak makan takoyaki tak ketinggalan. Asyik papa Abby je pergi Jepun tahun ni, bila nak bawa kami semua.
 Satu keistimewaan bunga seri pagi Fuji ini ialah ianya bukan hanya kembang pada sebelah pagi tetapi sehingga ke petang sampai senja. Saiz bunganya juga adalah besar, anggaran dalam 10cm ada jugalah. Cuba perhatikan pancang buluh kuning di sebelah seri pagi warna pink, boleh agak yang kembangnya adalah besar. Pokok bunganya berbunga dan membesar dengan cepat. Tambahan pula, musim bunganya juga adalah panjang berbanding dengan bunga jenis seri pagi lain. Daun pokok seri pagi Fuji adalah seperti daun pokok buluh, jadi sesuai digandingkan dengan pancang buluh.
 Ada juga yang berwarna merah warnanya kali ini kembang di dalam kebun. Batch kali ini biji benihnya sudah tukang kebun testing dan percambahannya elok hampir 100%. Musim bunga batch biji benih yang dikumpul kali ini hampir penghujung, tukang kebun dah kira-kira seed pod dan jumlah tuaian yang ada, dan check simpanan bank biji benih Kebun Bahagia Bersama extras yang ada ditawarkan kali ini ialah limited edition 4 pek sahaja. Ada kemungkinan campuran random tersebut lebih banyak ke arah warna purple sebab rasa banyak seed pod warna purple yang membentuk dengan baik untuk dituai.

9 ulasan:

  1. Cantikkkkkk saya nak ini benih... Huhuhuhu sangat cantekkkk

    BalasPadam
  2. lain ke dari benih yg beli arituh..

    BalasPadam
  3. Hi Diana, Pls, pls reserve 2 pkt for me pls....TQ.
    Choi Min
    hohcmin@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Tukang kebun ada simpan 1 pek each untuk Ima dan Choi Min.

    Nani yang ni jenis lain dari yang pernah kami bekalkan sebelum ini.

    BalasPadam
  5. assalam
    1. Livingstone Daisy
    2. Fresh Fuji Morning Glory random mixed color organic seeds
    3. Helichrysum (Strawflower)
    4. Bunga matahari Moulin Rouge
    5. Tiny Tiny Tiny Moulin Rouge
    6. Heirloom Giant Russian Sunflower
    ada stok lagi x

    BalasPadam
  6. assalam
    1. Livingstone Daisy
    2. Fresh Fuji Morning Glory random mixed color organic seeds
    3. Helichrysum (Strawflower)
    4. Bunga matahari Moulin Rouge
    5. Tiny Tiny Tiny Moulin Rouge
    6. Heirloom Giant Russian Sunflower

    BalasPadam
  7. Waalaikumsalam.

    Dalam stok terkini ada Livingstone Daisy sahaja in stok.

    Boleh dapatkan latest available seeds dengan email kepada (kebunkmg@gmail.com) .

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Out of stock sekarang Nanims. InsyaAllah kami hubungi bila ada.

      Padam