Subhan'Allah, the garden send me a message today if we are observant enough and take time to notice the little changes around you in the business of juggling our daily life. Hari ini tukang kebun agak kelam kabut sebab anak-anak bangun awal, tak dapat my pace ikut anak-anak punya pace. Anak-anak menunggu di dalam rumah nak break their fast dan yang di luar tu bising-bising memanggil suruh kasi makan. Sebelum keluar beri makan binatang perliharaan di luar tu, masukkan instant pau dalam steamer automatic dulu. Sementara tunggu pau instant dihangatkan, keluar rumah feed the grumpy pets terkejut nampak kawasan kebun sini sana dipenuhi dengan kembangan putih bunga pigeon orchid setelah beberapa hari lamanya hujan tak turun. Bulan Disember tahun ini, tukang kebun rasa kurang hujan berbanding tahun lepas. Rasanya tahun lepas di hujung tahun hampir setiap petang hujan turun. Tapi tahun ini tidak. Tukang kebun ada inform hubby kalau beberapa hari rasa panas terik macam ni dalam wet season its like the calm before the storm, takut hujan ribut turun.
Tak disangka-sangka sebelum hujan ribut turun petang ini, pagi-pagi cerah hari ini, pokok-pokok bunga pigeon orchid kembang sangat meriah hari ni di keliling Kebun Bahagia Bersama. Di sudut corner di atas, tukang kebun teringat lagi semasa Sean datang hanya sekuntum sahaja bunganya seminggu lalu. Hari ini semua pokok-pokoknya berbunga meriah, terkejut dibuatnya pagi ini. Pagi-pagi lagi bunga pigeon orchid sudah berkata-kata dengan tukang kebun. Setengah-tengah pendapat mengatakan pokok bunga pigeon orchid berbunga lepas hujan lebat ataupun penurunan perubahan suhu yang mendadak. Tetapi di Kebun Bahagia Bersama meriah berbunga sebelum kedua-dua faktor ini berlaku. Tukang kebun pandai-pandai membuat andaian sendiri ialah 'Atmospheric pressure' yang akan menghasilkan hujan ribut menjadi perangsang faktor utama trigger pokok bunga ini kembang sebelum hujan ribut petang ini sampai tukang kebun kena tutup pintu dapur sambil masak sebab tempias hujan masuk banyak.
Tak perlu tengok weather forecast di Television, lebih accurate tengok perubahan di dalam kebun sendiri. Bila tengok ianya kembang begitu meriah, tukang kebun dah agak tak lama lagi ni hujan ribut turun walaupun bila pandang langit so blue blue blue clear sky. Tanaman-tanaman di dalam kebun sebenarnya ada yang amat peka dengan cuaca dan perubahan mother nature sekiranya kita kenali diri mereka dengan lebih dekat. Salah satu tanaman yang peka dengan kedatangan hujan ialah Si Pigeon Orchid. Tambahan pula bunga ini juga berbau harum tak rugi ada selit di sana sini di dalam kebun. Sebagai contoh, gambar di atas adalah pokok pigeon orchid yang menumpang di atas pokok susun kelapa. Sama-sama kembang warna putih.
Boleh juga kalau nak ikat pokok pigeon orchid di atas batang pokok mangga. Tak perlu cari pot, ikat sahaja di pokok-pokok yang batangnya kuat. Pokok bunga orkid lagi satu di atas ialah Cymbidium finlaysonianum. Hari ini ambil gambar kelam kabut sebab dekat pintu dapur dah dengar Ilhan banyak kali panggil pau dah siap masak. Sorry I am little bit curt and grumpy this week on replying mails, bila notice this small changes in the garden makes the tukang kebun feel happy again.
Petikan dari Pocahontas Lyric lagu Colors of the Wind.
" How high will a sycamore grow?
If you cut it down then you'll never know
And you'll never hear the wolf cry to the blue corn moon
For whether we are white and copper skinned
We need to sing with all the voices of the mountain
We need to paint with all the colors of the wind
You can own the earth and still
All you'll own is earth until
You can paint with all the colors of the wind"
You can own the earth and still
All you'll own is earth until
You can paint with all the colors of the wind"
~ Pigeon Orchid ~
1 anak pokok RM8 (bare-rooted).
Kos Penghantaran melalui pos laju sepokok RM6.
Oicc... Namanya pigoen orchid rupanya... Saya panggil anggerik kampung jer sebab banyak orang kampung tanam. Huhuhu wangi betul kan bunganya... Kecil tapi power... Huhuhuhu
BalasPadamYa pigeon orchid namanya menjadi kesukaan gardener sebab kembang lepas hujan dan wangi.
BalasPadam