Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

Gading Gold Water

 Antara jenis koleksi kelapa yang Big Boss ada ialah kelapa jenis gading yang berwarna kuning keemasan. Kelapa ni nampak kuning keemasan bukan sebab dah tua tapi memang masa kecil lagi warnanya kuning keemasan. Dari jauh memang dah boleh nampak ketara buahnya sebab lain dari warna daun hijau pelepah kelapa. Kalau nak dibandingkan dengan kelapa-kelapa jenis lain, kelapa gading adalah sederhana tingginya takdelah setinggi kelapa lain di tepi laut tu. Kekanda tukang kebun kalau ambil tangga masih bolehlah nak tuai kelapanya tak susah nak upah monyet. Kerana warna pokok kelapanya yang unik nampak ornamental serta tidak begitu tinggi sesuai ditanam di laman rumah.
 Sabtu lepas sambil merumput, kekanda tukang kebun baiknya hati tiba-tiba tanya nak minum air kelapa tak? Mood romantiklah pula sambil berkebun (ada udang sebalik batu, kalau dalam kebun sebalik batu ada siput menyorok). Tukang kebun suka minum air kelapa gading ni rasa very refreshing sambil-sambil berkebun gerakkan badan dapat minum air yang berkhasiat lagipun malas juga nak balik rumah basahkan tekak. Bahagian kelapa muda gading yang dituai untuk anak-anak yang setia menunggu di dalam rumah, kebetulan nenek dan atuk ada di rumah boleh tengok-tengokkan.
 Minggu lepas tukang kebun dapat jugalah tuai biji benih lotus yang kembang tahun lepas, dan biji benihnya moga tahun ini tukang kebun dapat sambut cucu di Petak Hijau dan laman Sis Haslina yang menetap di area Shah Alam.

2014 Project: Nak susun bibit kelapa gading dalam kebun darling kekanda, jadi nak alert simpan bibit yang dah bercambah.

6 ulasan:

  1. sudah semai cucu pagi tadi. bismillah

    BalasPadam
  2. jiran sy ada tanam pokok ni, sekali sekala dapat juga rasa air kelapa gading ermm nikmat tak tekata

    BalasPadam
  3. Diana, tak jual ke benih lotus tu? macamane nak semai benih lotus ye?

    BalasPadam
  4. Awin ~ Semoga cepat bercambah dan berbunga. Amin.

    Sudais ~ Ya nikmat airnya berkhasiat dan menyegarkan.

    Farah~ Yang 3 biji lotus dalam gambar tu dah dijual. Tengok kalau ada rezeki lagi dengan kembangan Tahun Baru Cina. Bijinya rendam dalam air je kena cahaya nanti bercambah.

    BalasPadam
  5. Sedapnya air klapa.... Kat kampung saya orang berebut ambil kelapa muda buat jual. Sampai kadang tuan punya pokok pun tak merasa... Sebab kebun jauh dari rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni memang banyak pasaran kelapa muda dan tua Ima. Tak perlu cari orang nak jual sebab banyak mencari pembekal yang ada kebun kelapa.

      Padam