Halaman

Isnin, 17 Februari 2014

Aeia Morning Glory (Ipomoea triloba)

 Aeia morning glory (Ipomoea triloba) juga dikenali sebagai "little bell" di negara Hawaii dan di tanahair kita dipanggil 'selepat tungau' (kangkong bulu). Orang Jepun panggil hoshi asagao, mungkin nampak macam bentuk bintang kut. Orang Philipine panggil aurora. Ikut imaginasi negara lain, panggil lain. Morning Glory ini berasal dari benua Amerika beriklim tropika. Di kawasan Caribbean dikenali sebagai "aguinaldos" bermaksud hadiah madu. Antara sebab kenapa ditanam di kebun nak menambat hati si lebah dan pollinators lain yang suka madu pergi ke kebun bolehlah tolong buat persenyawaan tanaman lain yang ada jantan dan betina seperti keluarga timun dan labu.
 Pertumbuhannya juga sangat cepat dari semai hingga bunga sampai tukang kebun pun terpingga-pingga ingat tanam morning glory heavenly blue tapi kenapa yang ni je meriah sakan. Mana perginya heavenly blue yang meyusul beberapa minggu kemudian. Perbezaan saiz bunga morning glory heavenly blue dan aiea morning glory dah melilit sesama sendiri dalam kebun sayur. Bolehlah juga daunnya jadi mangsa si serangga lain dari hinggap ke sayur yang kita nak makan, nak divert attention konon-kononnya. Yang baru pindah atau baru nak mula berkebun bolehlah semai biji benih aeia morning glory di pagar untuk menceriakan sementara waktu dan kurangkan kepanasan di dalam kebun sambil menwarnakan laman.

~ Fresh Aeia Morning Glory seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~
Approximate 30 seeds per-packet for RM3.00 .

2 ulasan: