First half bulan February yang kemarau ni, pokok-pokok bunga cosmos makin menggalak berbunga pelbagai lokasi di Kebun Bahagia Bersama. Serangga-serangga pun suka sangat melepak atasnya, gambar atas cuba teka 2 jenis serangga apa dan gambar bawah ada apa?
Pokok cosmos baka ini, tumbuh sangatlah tinggi melebihi bahu tukang kebun, pandangan dari bawah bunga cosmos.
Nasib baiklah tukang kebun tak potong buang rangka pokok roselle yang dah habis hayat tumbuh sini dahulu. Bahagian pokok tu masih ada rangkanya separuh ditinggalkan sebab malas nak tarik nanti habis pokok-pokok bersebelahannya terganggu. Bolehlah jadi support untuk pokok cosmos yang tinggi lebih 1 meter ini untuk berdiri dan dapat banyak cahaya matahari.
Ni baru jelas nampak ada ranting-ranting pokok roselle yang dah habis hayat masih berguna untuk menyokong pokok cosmos yang tak putus-putus menghasilkan bunga sejak tahun lepas.
Sekarang ni setelah si pokok cosmos pula dah berabis pulun berbunga musim kemarau, si FUJI morning glory pula mula memanjat rangka roselle nak tumbuh tinggi catch up dengan pokok bunga cosmos yang juga mendapat sokongan dari rangka roselle. Dah habis season cosmos ni, cuci mata dengan FUJI pula di lokasi ini sambil propagate pokok.
Rangka roselle ini pun sebenarnya bukan menjadi penyokong kepada COSMOS dan FUJI sahaja, tetapi si terung susu kambing yang tinggi melampai dah mula berbunga. Tak dapat nak tarik rangka juga sebab di kelilingnya ada banyak bawang-bawang bunga yang tumbuh. Pokok Cili Tapurak juga bahagia disebelahnya. Terdapat pelbagai jenis tanaman di keliling rangka roselle, berguna juga tak perlu susah-susah nak cari pancang.
Pokok-pokok cosmos gloria juga tidak ketinggalan memeriahkan KKB bulan ini.
Pokok Cosmos Purity White pun pokoknya tinggi elok bagi sokongan (err...tukang kebun panas-panas ni malas) juga galak berbunga (banyak bud bunga tunggu masa nak kembang dalam gambar bulan lepas).
Kesian dia dahlah tak kena siram musim kemarau, terus terbaring atas tanah tapi masih berhempas pulas beri kembangan bunga (kemarau, hose air tu tak sampai nak menyiram kat sini) dah jadi macam wild flower atas rumput. Tunggu nak kutip benih je.
Tak ketinggalan cosmos ni pun nak galak berbunga (fresh ulam raja seeds available). Buat sementara waktu jadi natural covering untuk pokok-pokok yang sensitive panas.
~ Fresh Cosmos Sensation Random Mixed Seeds from Kebun Bahagia Bersama ~
Anggaran 30 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .
morning glory dan cosmos kombinasi color yang menarik..
BalasPadamsalam diana. cosmos di rumah saya pun sedang berbunga. yang warna ungu tu cantik.
BalasPadambanyak juga tumbuhan yg nampak nak berbunga di Petak Hijau.
BalasPadamCosmos yang saya beli semua tak menjadi. Semai tumbuh eluk bila sampai 2 minggu begitu anak benih jadi panjang merenjong..Lepas tu putus pangkal batang dia. Saya rasa campuran tanah tak sesuai. Yang cosmos kampung cantik dan subur pula..
BalasPadamSudais ~ Morning glory dan cosmos antara kesukaan tukang kebun.
BalasPadamSalam hijaudaun ~ Syukur Alhamdulillah kita sama-sama meriahkan pesta cosmos di lokasi berlainan.
Awin~ Musim bunga dah tiba di Petak Hijau tak sabar nak tengok.
Kak Mala ~ Cosmos jenis species Cosmos bipinnatus tak suka air banyak siraman dan bertakung. Lebih-lebih lagi kurang cahaya memang pangkal batangnya lama-kelamaan jadi lemah dan lembik. Nak kena banyak matahari dan saliran air di tanah baik. Siram selang 2 hari pun tak pe sebab keperluan airnya tak banyak.
terimakash ya ilmu barunya
BalasPadam