Halaman

Jumaat, 14 Februari 2014

Nippon grown White Genoa Fig

 Hujung bulan January tanpa disedari rupa-rupanya pokok White Genoa fig dah mula berbuah sejak ditanam November 2013. Pokok White Genoa fig ni ole-oleh dari dearest husband (kena pakai endearment lain kali nak ole-ole lagi) dari Jepun. Dikatakan keratan asal pokok tersebut diambil dari batang yang dah sekurang-kurangnya 2 kali ke tahun ke berbuah. Masa dibawa balik pun memang dah lekat buah tapi buahnya dah hitam masak sangat agaknya sebab sepatutnya buah white genoa bila masak warna greenish-yellow kulitnya dan isinya reddish pink. Pokok yang dibawa balik berbentuk huruf Y bercabang 2. Tukang kebun tanam di bawah kanopi Queen of the night boleh nampak bekas keguguran bunganya di atas Si White Genoa. Pokoknya masih menerima beberapa jam cahaya matahari terutamanya pada sebelah pagi. Tukang kebun pacak terus je pokoknya bila sampai ke tangan di tanah permanent resident spot bukan pasu sebab malas nak siram lagipun pokok fig tak memerlukan banyak air nak kena pastikan tanah jenis very well-drained.
 Sekarang sedang diapit dengan pokok blue ginger dan pokok balsam. Masa menuai biji-biji benih pokok balsam barulah perasan Si White Genoa fig yang terbiar ni dah mula berbuah. Pokok fig berbuah pada batang-batang yang baru, pertumbuhannya pun tukang kebun tak perasan bila amati gambar baru sedar masa tukang tanam dahulu pokoknya batangnya berwarna gelap kontra dengan batang baru. Sebenarnya tukang kebun tiada rasa nak buat koleksi pokok fig disebabkan harganya sangat murah maka dibawa balik ke rumah lagipun bukan keratan pokok tapi memang dah pokok yang dah siap untuk terus tanam. Tukang kebun cuma buat catatan sahaja hari ini sebab takut nanti bila tukang kebun tiada, tiada siapa ingat ni pokok apa tercacak di situ merangkap inventory kiranya. Dibawa balik kerana harga yang ditawarkan ialah 25 Ringgit Malaysia sahaja terbang dari Jepun jadi menetaplah ia di Kebun Bahagia Bersama. Lagipun White Genoa adalah jenis self-fertile jadi tak perlu nak risau pasal pollination. Buah White Genoa sedap dimakan, sesuai untuk dikeringkan dan dibuat jam. Tukang kebun bukan fig fanatic cuma ambil kenangan tak dapat sambut birthday dearest husband tahun lepas sebagai memory (alasan) jadi fig white genoa buat peneman.
 Jumpa juga gambar lamanya Disember lepas, tak sangka jenis White Genoa ni pertumbuhannya dengan cuaca di Kebun Bahagia Bersama sangat cepat. Ketika ini pun si balsam masih anak baru dipindahkan.
 Syukur Alhamdulillah stok biji-biji benih balsam yang ada sekarang adalah fresh stok semuanya masih belum lagi lebih dari sebulan dari hari dituai. Walaupun musim kering sekarang ni rasa menyeksakan di kebun tapi ada juga benefitnya. Sekarang ni masa yang paling sesuai nak tuai biji-biji benih sebab keadaan yang kering elok, begitulah jua musim menuai padi. 
 Rasanya kebelakangan ini tukang kebun asyik menyebut tanah bakar Kebun Bahagia Bersama. Meh nak kongsi gambar sebagai gambaran. Semua hasil buangan kebun yang besar-besar dibakar dalam kolam pada musim kering ini kering kontang. Ini stage awal lagi, lama-lama jadi macam tanah berpasir. Untuk pengetahuan, Kebun Bahagia Bersama ini dahulunya asal adalah tanah sawah padi/bendang jadi memang berliat bertakung air. Jadi perlu ditimbus tanah sebelum dibuat rumah. Tapi berkat usaha kedua ibubapa kami untuk sekian lama, tanah pun menjadi bertambah subur cuma ada beberapa pokok yang susah sikit nak hidup sebab dalam tanah banyak air senang nak buat perigi mana-mana. Pokok-pokok yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama tanahnya adalah dari lokasi tanah bakar ini. Tanah bakar jangan dipandang rendah ianya juga mempunyai komposisi nutrient yang bagus juga untuk pertumbuhan tumbuhan. Yang selalu dibicarakan dari 'ashes' ini adalah kandungan tinggi potassium. Tanah bakar kaya dengan potassium tapi kurang nitrogen. Sumber nitrogen pula di KBB tiada masalah ada beberapa supplier yang dah banyak kali diperkenalkan seperti Turkey, ayam mutiara, itik, angsa and the rest of the geng. Kebiasaannya tukang kebun akan campurkan tanah bakar dengan bahan buangan ternakan KBB. Pada mula-mulanya ada tukang kebun beli tanah tapi tak puas hati, lama-kelamaan tukang kebun ikut naluri reka resepi sendiri untuk mendapatkan tanah, jimat banyak. Dulu di kebun lama KBB yang kecil container garden pun akhirnya tukang kebun buat tanah kompos sendiri campur dengan baja tahi kuda lumba (free courtesy of the local racecourse). Minta maaflah kalau tak dapat nak recommend mana tanah yang bagus offer di nursery sebab tukang kebun serba tak tahu. Faktor utama, tukang kebun berhenti gunakan tanah komersial yang siap untuk dipakai di nursery adalah sebab untuk percambahan macam ok tapi lama-kelamaan anak pokok di pangkal lehernya jadi mereput menunjukkan terlampau banyak air yang diserap oleh medium tanah tersebut menjadikannya sentiasa moist. Tapi moist yang lama-kelamaan tidak sesuai apabila biji benih sudah bercambah. Manusia dalam air duduk lama-lama pun jadi mengecut juga kan kulit.

8 ulasan:

  1. Salam diana..kalau ada nak jual keratan pokok fig atau pokok, inform avia yer..avia nak!..thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Avia.

      InsyaAllah kalau ada rezeki nanti inform. Sekarang ni saja mencuba-cuba dok belajar tanaman lain.

      Padam
  2. OMG....naaakkkk pokok tin tukang kebun..bila nak tut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bagi dia besar tinggi dulu Ratu. Sengaja dipilih tanam di situ nak bagi shade kat pokok blue ginger yang tak berapa suka banyak matahari.

      Padam
  3. Seronoknye ade pokok fig, eila ade ngendeng2 dgn husband nk pokok fig tapi bila fikir br nak tolak tanah buat rumah, pendam dulu hasrat. InsyaAllah one fine day nnti nk gak ade pergola anggur,ade fig, delima jd penaung batas sayur..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak pindah rumah baik tunggu dulu Eila. Lama-kelamaan harga fig akan turun juga macam anggur sekarang mudah nak dapat. Hubby Di sini pun kalau ratus-ratus tak dilayan permintaan. Nasib baik bini dia bargain hunter.

      Padam
  4. Sekarang ni ramai orang suka tanam fig nampaknya..teringin juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah cuba-cuba tanam fig sebelah kemboja Kak Mala macam menarik.

      Padam