Halaman

Jumaat, 28 Februari 2014

Si Kuning Canna glauca

 Aduh bulan Febuari tahun ni memang musim kemarau, tukang kebun pun tak larat nak menghabiskan masa di kebun. Untuk keep cool di kebun musim kemarau ni tukang kebun lebih banyak bermain-main dengan tumbuhan aquatic. Tumbuhan aquatic ni musim panas sentiasa bahagia tiada masalah dan lebih galak tumbuh. Tambahan pula tak perlu risau mengenai siraman air sebab tumbuhan aquatic ni memang dah tumbuh dalam bekas yang bertakung air cuma dalam 1~2 minggu sekali nak monitor air nak top up atau tidak. Jadi tumbuhan air juga sesuai untuk mereka yang selalu outstation, tak perlu nak risau mengenai keperluan airnya sebelum bertolak isilah air penuh dalam bekasnya. Kalau dah tiada air pun, tanahnya still lembap muddy beberapa hari. Canna gaula adalah jenis species canna yang hidup dalam air dan berasal dari kawasan tropika benua Amerika. Mudah penjagaannya sebab tak perlu siram duduk dalam air je dan perlu juga menerima beberapa jam sinaran matahari tapi tak kisahlah samaada hanya pagi ke petang ke janji ada a few hours of sunlight.
 Tanda-tanda bunga Canna gaula sudah mula proses pembentukkan bud bunga. Canna gaula ketinggiannya boleh mencecah lebih 80cm. Cuba bayangkan di container garden kalau ketinggian lebih tinggi dari rail balkoni mesti attract attention semasa ianya berbunga.
 Gambaran Canna gaula kali ini diambil di sudut di mana ianya tumbuh bersebelahan pokok susun kelapa. Dalam gambar pun boleh kelihatan beberapa jenis pokok orkid tumbuh menumpang di atas pokok susun kelapa, koleksi lama big boss, tukang kebun pun tak tahu jenis apa cuma confirm pigeon orkid pun menumpang juga.
 Bila kembang banyak memang nampak meriah si Canna glauca. 
Contoh perbandingan saiz bunga Canna gaula dengan bunga susun kelapa.
 Sebenarnya bukan Canna gaula sahaja duduk dalam pasu tapi berkongsi dengan tumbuhan aquatik yang lain menjadikan pasu lebih meriah. Jadi bukan bahagian atas sahaja yang berbunga tapi di permukaan air juga ada bunga-bunga. Sebagai contoh, Canna gaula boleh berkongsi pasu dengan Kidneyleaf Mudplantain sesuai bersama. Pasu ini pun bukannya besar ketinggian anggaran 30cm dan diameter 30~40cm tetapi boleh memuatkan beberapa tumbuhan aquatic. Tanah tukang kebun ambil tanah yang digali dari longkang depan rumah semasa mereka (perbandaran) konon-konon nak dalamkan longkang depan ganti baru. Isi tanah 2/3 dalam pasu gaul dengan baja kambing sahaja. Tanam Canna gaula dan tumbuhan lain kemudian isi air. Tumbuhan aquatik Kidneyleaf Mudplantain tak perlu rajin akarnya tanam dalam tanah, campak je masuk dalam air terapung. Nanti dia pandai-pandai rooted sendiri ke tanah.
 Minggu ni ada 2 fresh pink roseum lotus seeds (1 seeds for RM3.00) untuk yang berminat boleh tinggalkan reservation di kotak komen (siapa komen buat reservation dulu dapat priority dulu).

~ Yellow Canna gaula ~
RM15.00 per-pot  (Boleh email kebunkmg@gmail.com)

7 ulasan:

  1. Saya nak sebiji benih lotus tu, pack sekali dgn sepokok keladi bunting boleh Diana? nanti saya emel.

    BalasPadam
  2. Banyak jenis canna rupanya, ada beli canna tapi nampak macam berbeza dgn yg ini

    BalasPadam
  3. Diana, dila nak satu benih lotus tu... sekali benih strawbery 2 jenis ea.... =)

    BalasPadam
  4. Farah dah selamat pos. InsyaAllah esok sampai kut.

    Nadia, ya ada pelbagai jenis canna yang ini jenis hidup dalam air.

    Dah email Adilla.

    InsyaAllah yang next punya tukang kebun reserved untuk nanims.

    BalasPadam
  5. Sangat berminat dengan lotus. reserve 2 seeds for me. tQ

    BalasPadam