Sebagai catatan seorang tukang kebun memandangkan terdapat lebih dari sejenis heirloom asparagus yang di tanam di dalam kebun sebelum dirinya lupa yang mana satu di petak No. 1 adalah untuk Connover's Collosal yang asalnya tumbuh dari biji benih. Sekarang ni dah hampir nak menyambut 1st Birthday. Asparagus adalah tumbuhan yang memerlukan kesabaran kerana ianya bukan tumbuhan makanan yang cepat tunggu hasilnya. Tetapi tumbuhan ini mampu hidup berbelasan tahun ataupun jika dijaga dengan elok berpuluhan tahun lamalah dan banyak kalilah dapat tuai asparagus nanti. Asparagus yang tumbuh disemai dari biji benih mungkin musim enak musim menuainya bermula apabila ianya telah mencecah antara 3~4 tahun. Di mana ketika ini akarnya juga dah membesar dan dapat menghasilkan size tombak sayur asparagus yang lebih puas nak makanlah. Setelah beberapa minggu musim kemarau dialami di Kebun Bahagia Bersama dan dengan anggaran siraman yang dapat diberi dalam 1~2 minggu sekali sahaja siraman ikut busy-ness, tukang kebun kagum yang asparagus Connover's Collosal yang dah hampir mencecah setahun boleh survive dalam situasi tersebut. Tapi kalau boleh janganlah ikut jejak tukang kebun yang extreme elok paling kurang 3~4 kali siraman dalam seminggu. Adalah salah satu tumbuhan yang jimat air di kala kekurangan bekalan air. Apa yang diperhatikan juga pucuk asparagus yang keluar dari tanah setelah mencecah setahun adalah sudah 3~4 kali ganda diameter sizenya berbanding dengan usianya masa baru sahaja dipindahkan hampir setahun lepas. Nak kena upah baja ni nanti sebab tak pernah dibaja sejak dipindahkan. Bermakna semakin berusia asparagus tersebut nampak perkembangan yang tombak atau orang barat kata asparagus 'spear' tu makin gemuk. Walaupun Connover's Collosal tidak beberapa dapat belaian manja dari tukang kebun ianya mampu survive hingga kini kerana tukang kebun masih peringkat menguji kebolehannya. InsyaAllah sekiranya ada gardener yang memberikan penuh kasih sayang, progress pertumbuhan Connover's Collosal lebih maju dari yang dibiarkan oleh tukang kebun.
Connover's Collosal pokok yang sama sebelum dipindahkan di peringkat baby lagi di mana batang daunnya masih halus-halus lagi. Asparagus elok ditanam pada jenis tanah yang ke arah berpasir untuk mudah tombak asparagus menolak keluar dari tanah. Ada terima beberapa soalan sama apa bezanya antara pelbagai jenis heirloom asparagus, kenapa tak sama sahaja? Setiap jenis heirloom asparagus pelbagai jenis ini kita kena fikir adalah individual yang unik. Tak sama suka dan tak sukanya kepada toleransi terhadap sesuatu faktor terutamanya persekitaran. Macam manusia ada yang jenis tak tahan sejuk sangat, tak tahan panas ke atau kering, ada yang boleh tahan kemarau, ada yang tahan perubahan cuaca banyak hujan lama dan perubahan suhu yang lain-lain ataupun pH sesuatu tanah. Malahan pada musim keadaan berlainan kuantiti production dan taste asparagus juga sangat bergantung kepada faktor persekitaran kebun mengikut kesesuaian jenis asparagus tersebut. Dikatakan kalau heirloom asparagus yang berwarna ungu atau burgundy warnanya sangat bergantung kepada faktor sejuk, kalau tak cukup sejuk warnanya menjadi hijau. Memandangkan cuaca di dalam kebun sepanjang tahun berubah-ubah bolehlah buat pemerhatian jenis mana yang mudah tumbuh di kebun anda sebab setiap kebun juga adalah unik. Gambar di bawah masih kecil tombaknya nak campur dalam nasi goreng pun tak nampak lagi hehehe.....sabar sabar InsyaAllah suatu hari nanti kau milikku masuklah dalam sangkar balik yang entah berapa lama tumbang tak perasan langsung.
~ Biji Benih Asparagus Connover's Collosal ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek for RM3.00 (Sebarang pertanyaan boleh email kebunkmg@gmail.com ataupun tinggalkan pesanan di kotak komen dengan meninggalkan email address).
saya nak satu pack
BalasPadamNo worries ada disimpankan untuk Awin.
BalasPadam